Connect with us

Tips Dan Petua

Jika Brek Kereta Ada 3 Tanda-Tanda Ni Ia Bermakna Sudah Tiba Masanya Untuk Diganti

Published

on

Jika Brek Kereta Ada 3 Tanda-Tanda Ni Ia Bermakna Sudah Tiba Masanya Untuk Diganti

Bagi yang ada kereta, selalunya akan menjadi isu untuk tengok keadaan kereta, sama ada okay atau tidak, yang mana kadang-kadang terlepas pandang sebab kekangan masa.

Begitu juga dengan keadaan brek kereta, salah satu aspek penting pada kereta yang tidak harus dipandang enteng, mana tak nya, kalau dibiarkan tidak diservis, pasti akan sebabkan kemlangan. Tetapi, bagaimana pula nak tahu bila masanya brek tersebut perlu ditukar?

Bilakah Keadaan Yang Memerlukan Anda Menukar Brek Kereta?

ARTIKEL LAIN : Modal Tak Sampai RM15, Lelaki Ini Ajar Cara Nak Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta

Bagi mereka yang memandu di kawasan bandar yang sesak, pada kadar 13 ribu kilometer setahun, anda perlu menukar brek pad dengan lebih kerap berbanding mereka yang memandu 45 ribu kilometer setahun, tetapi di kawasan luar bandar. Ini kerana, anda menggunakan brek yang lebih jika memandu di kawasan bandar, berbanding luar bandar.

Namun begitu, tidak ada masa yang spesifik bila masa untuk ganti brek pad, jadi ianya bergantung pada deria pendengaran dan nasihat dari juruteknik automatif yang berpengalaman.

Kebanyakan kereta perlu menukar kedudukan tayar setiap enam bulan, dan pada masa itu jugalah amat sesuai untuk memeriksa keadaan brek. Selalunya pihak mekanik boleh tengokkan keadaan ketebalan brek pad.

Banyak kereta dibuat dengan adanya sensor pengikis yang melawan brek pad, untuk memberitahu bila ‘lining’ perlu diganti. Anda akan dengar bunyi yang menjengkelkan apabila menggunakan brek (atau pada beberapa kenderaan lain, apabila brek dilepaskan).

1. Bunyi yang dikeluarkan

Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada bahagian yang rosak.

2. Perlu ditekan dengan lebih kuat

Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek kereta ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai. Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.

3. Lampu peringatan

Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek kereta rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek.

Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.

Namun, kini banyak pengeluar kereta telah gunakan rotor yang lebih ringan dan nipis untuk kurangkan berat kenderaan dan jimatkan wang.

Dulu brek kereta jenis cakera boleh bertahan sehinga dua ke tiga kali ‘resurfacings’, tapi, jangan terkejut kalau pad perlu ditukar, anda juga harus gantikan rotor yang baru. Mungkin banyak bengkel yang tidak mahu lagu buat ‘resurfacing’ kerana makan masa, lebih mudah sekiranya hanya gantikan rotor dan pad yang baru.

Ambil perhatian dengan bunyi-bunyian yang dikeluarkan oleh kenderaan, lebih-lebih lagi bahagian brek kereta yang kerap digunakan. Jika perlu diganti atau ditukar, pastikan lakukannya supaya pemanduan lebih selamat.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Tip Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta, Cuci Guna Pes Pencuci Pinggan Saja. Mudah & Murah!

Sumber: cars.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending