Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Masak Sambal Tumis Yang Sedap, Tos Air Bawang Yang Dikisar!

Published

on

Cara Buat Masak Sambal Tumis Yang Sedap, Tos Air Bawang Yang Dikisar!

Jarang kita jumpa orang yang tidak makan sambal, bagi sesetengah orang pula wajib makan bersama-sama sambal.. barulah puas. Sambal tumis adalah sejenis masakan bersambal yang digermari oleh ramai orang.

Sambal tumis biasanya mengguna kan ikan bilis sebagai bahan utama nya namun begitu selain daripada ikan bilis, udang,sotong basah, sotong kering malah petai dan jering juga adalah di antara bahan-bahan yang sering digunakan bersama di dalam sambal tumis ini.

Perkongsain oleh Dya Mira ini boleh ada praktikkan dalam menghasikan sambal yang sedap. Jom ikuti perkongsian ini kerana ada petua khas untuk menghasilkan rasa sambil lebih sedap.

Cara Buat Masak Sambal Tumis Yang Sedap

ARTIKEL LAIN : Tip Masak Sotong Tak Berair Dan Kekal Pejal, Ramas Sotong Dengan Garam Sampai Berbuih

Pembangkit selera katanya. Itu yang bertambah tambah bila makan, terutamya sambal itu sedap dan sangat kena pula kat tekak. Lazatnya tidak terkata.

Namun tak semua yang mahir buat sambal tumis yang sedap.

Cara Masak Sambal

1. Cili kering yang hendak digunakan digunting, buang biji dan direbus dulu. Tos.

2. Basuh cili direbus tadi sampai bersih dan kisar dengan 2 biji bawang besar.

3. Tumis cili sampai naik minyak atau pecah minyak.

4. Letak asam keping atau asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kena cukup rasa tau asam, gula, garam. Baru sedap.

*PETUA UNTUK SAMBAL IKAN BILIS SEDAP

kisar bawang besar dalam 3-4 biji kemudian tapis untuk asingkan air bawang. Tumis bawang yang ditapis tadi sampai kekuningan baru masukkan cili kisar. Rasa sambal akan lebih sedap manis-manis.

p/s : jika tak suka pedas boleh guna cili macam ni. Memang sangat kurang pedasnya, pedas-pedas manja bak kata orang. Dan ada yang kata tak pedas langsung dan sangat sesuai untuk anak-anak. Warna sambal pun jadi warna merah cantik.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Lengat, Nikmat Sungguh Makan Bila Digoreng. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Sumber/Foto : Dya Mira

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending