Connect with us

Tips Dan Petua

Cermin Tingkap Rumah Kotor Guna Bahan Ini Lebih Mudah Dan Jimat Confirm Berkilat

Published

on

Cermin Tingkap Rumah Kotor Guna Bahan Ini Lebih Mudah Dan Jimat Confirm Berkilat

Bagi anda yang selalu membuat kerja rumah, pasti anda sudah tahu tempat-tempat yang sukar dibersihkan walaupun sudah disental banyak kali. Salah satu tempatnya adalah cermin tingkap rumah kotor.

Kadang kala sudah banyak kali lap tapi tetap juga tidak berkilat. Lebih mengharukanlagi bila sudah banyak pencuci digunakan tetapi masih juga sama. Usah risau lagi, kerana kini anda hanya perlukan beberapa sahaja bahan untuk menajadikan cermin kembali berkilat.

Apa kata anda cuba bancuh pembersih cermin sendiri dengan menggunakan bahan-bahan di rumah sahaja. Sudah pasti selamat dan tidak beracun seperti alat pembersihan di luar yang tinggi dengan bahan kimia dan bahaya untuk anak-anak di rumah.

Berikut adalah lima cara untuk membancuh sendiri pembersih tingkap anda.

ARTIKEL LAIN : Cara Cuci Bantal Kotor Dan Berbau Guna 3 Bahan Ini, Confirm Putih Bersih.

1. DIY PEMBERSIH KACA BEBAS STREAK

  • ¼ cawan cuka putih *anda juga boleh menggunakan cuka epal.
  • 1 sudu tepung jagung
  • 2 cawan air

10 titis minyak pati (lemon, oren, atau lavender berfungsi paling baik)

(Klik SINI beli pencuci cermin tingkap)

Dalam botol semburan kaca, satukan semua bahan. Goncangkan dengan baik untuk memastikan larutan dicampur dengan baik. Pastikan tepung jagung larut sepenuhnya kerana akan menyebabkan muncung botol tersembut. Semburkan larutan di tingkap dan lap sehingga bersih.

2. PEMBERSIH CERMIN TINGKAP RUMAH KOTOR GUNA CUKA

  • 1 cawan cuka putih
  • 1 cawan air suam

Isi botol semburan kaca dengan semua bahan dan goncangkan hingga sebati. Semburkan larutan di tingkap anda dan bersihkan dengan kain fiber. Sekiranya tingkap anda kotor, basuh dengan air sabun untuk menghilangkan kotoran.

3. PEMBERSIH CERMIN TINGKAP RUMAH KOTOR GUNA JUS LEMON

  • 1 sudu besar jus lemon
  • Air suam 1-liter

Campurkan air suam dan jus lemon dan tuangkan ke dalam botol semburan kaca. Semburkan tingkap dengan larutan dan lap kering dengan kain lembut sehingga bersih.

4. PEMBERSIH CERMIN TINGKAP RUMAH KOTOR GUNA AMMONIA DAN TEPUNG JAGUNG

  • 1/2 cawan ammonia
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 liter air suam

Masukkan air suam, tepung jagung, dan ammonia ke dalam botol semburan kaca. Gunakan surar khabar sewaktu mengelap untuk mencegah calar. Lap tingkap dengan bersih, pastikan anda mengelap ke satu arah untuk tingkap lebih berkilat.

5. PEMBERSIH TINGKAP KERETA BUATAN SENDIRI

  • 1 cawan air
  • 2 sudu cuka putih suling

Dengan menggunakan corong, isi air ke botol penyembur kaca. Seterusnya, masukkan cuka. Goncangkan dengan baik. Semburkan larutan di tingkap kereta anda dan lap dengan kain fiber.

Mudahkan? Semua alatan ada di rumah. Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cacing Di Bilik Air Buat Kita Geli, Ini Cara Mudah Hilangkan Memang Berkesan

Sumber: Tips Bulletin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Published

on

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Pokok pudina antara herba yang sangat popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai banyak kegunaan. Daunnya sering digunakan dalam minuman, masakan dan pelbagai hidangan kerana aroma segarnya yang menyenangkan.

Menariknya, pokok pudina juga sangat mudah dibiakkan. Dengan teknik yang betul, hanya beberapa pucuk sahaja sudah cukup untuk menghasilkan banyak pasu baru dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin berjimat dan mahu menambah koleksi tanaman herba di rumah, kaedah tanam pudina menggunakan pucuk adalah antara cara paling mudah dan cepat berhasil.

Kenapa Ramai Pilih Tanam Pudina Guna Pucuk?

Berbanding kaedah rendaman batang dalam air, teknik menggunakan pucuk lebih cepat untuk menghasilkan akar dan pertumbuhan baru.

Selain itu, ia juga lebih praktikal kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Dengan hanya beberapa batang pudina matang, pokok baru boleh dibiakkan berkali-kali.

Pilih Medium Tanah Yang Sesuai

Pokok pudina memerlukan tanah yang ringan, gembur dan mudah menyimpan kelembapan.

Antara medium yang sesuai ialah tanah organik atau campuran tanah sawit yang mempunyai saliran air yang baik. Tanah yang terlalu padat boleh menyebabkan akar sukar berkembang.

Gunakan Pucuk Yang Sudah Matang

Pemilihan pucuk memainkan peranan penting untuk memastikan pokok cepat hidup.

Pucuk yang matang biasanya mempunyai batang berwarna sedikit ungu atau keperangan muda. Pucuk jenis ini lebih kuat dan mempunyai kadar hidup yang lebih tinggi.

Elakkan menggunakan pucuk yang terlalu muda kerana batangnya masih lembut dan mudah layu selepas ditanam.

Cara Tanam Pucuk Pudina

Selepas memilih pucuk yang sesuai, cucukkan batang pudina ke dalam tanah yang sudah digemburkan.

Kemudian siram sehingga tanah benar-benar lembap. Pastikan air mencukupi supaya pucuk cepat menyesuaikan diri dengan medium baru.

Simpan Di Tempat Teduh Pada Peringkat Awal

Selepas ditanam, letakkan pasu di kawasan teduh selama satu hingga dua minggu.

Pada peringkat ini, elakkan cahaya matahari secara terus kerana pucuk masih belum mempunyai akar yang kuat. Jika berjaya hidup, daun akan kekal hijau dan mula mengeluarkan tunas baru.

Dedahkan Kepada Cahaya Matahari Secara Beransur

Apabila pokok mula stabil dan tumbuh daun baru, barulah ia boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara perlahan-lahan.

Pokok pudina yang sudah matang sebenarnya boleh hidup dengan baik di bawah cahaya matahari penuh asalkan mendapat air yang mencukupi.

Pembajaan Ringan Untuk Pertumbuhan Lebih Subur

Selepas usia pokok mencecah sekitar dua minggu, sedikit baja boleh diberikan untuk membantu pertumbuhan daun dan akar.

Gunakan baja dalam kuantiti kecil sahaja kerana pokok pudina tidak memerlukan baja yang terlalu banyak.

Kelebihan Tanam Pokok Pudina Di Rumah

  • Mudah dijaga dan cepat membiak
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
  • Menjimatkan kos membeli herba segar
  • Memberi aroma segar di kawasan rumah
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang kecil

Penutup

Menanam pokok pudina menggunakan pucuk memang antara cara paling mudah untuk mendapatkan banyak anak pokok dalam masa singkat.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang cukup, tanah yang sesuai dan pencahayaan yang betul, pokok pudina boleh tumbuh subur dan cepat membiak di rumah.

Bagi yang baru mahu mula berkebun herba, pokok pudina memang sangat sesuai dijadikan tanaman permulaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending