Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi

Published

on

Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi

Sambal kicap merupakan satu hidangan yang menjadi penambah rasa, sebab itu ia menjadi kegemaran sesetengah orang. Rasanya yang pedas-pedas buatkan penggemarnya dapat menikmati hidangan makanan yang terhidang. Dimakan pula bersama sup, soto, nasi goreng, mee goreng, mahupun ikan bakar.

Nikmatnya tak terkata. Jika orang Johor biasanya dia buat cicah dengan pisang goreng sekali. Fuh, memang terangkat! Resipi sambal kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan.

Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

Cara Buat Sambal Kicap Power

ARTIKEL LAIN : Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Saje nak share, siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap boleh lah cuba resepi saya ni tau. Memang sedap sangat… makan dengan mee/ bihun sup ke…Mee rebus ganu ke…Soto ke…ape-ape jelah yang sesuai. Memang mabeles sesangat.

RESEPINYA :

  • Segenggam Cili padi
  • Seulas bawang putih
  • 3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)
  • Secawan kicap Manis
  • 2 sudu gula pasir

CARA MEMASAK:

1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.

3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.

4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati. Berbulan-bulan boleh tahan.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Mudah dan ringkas kan, Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!

Sumber/Foto : Ida Hassan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending