Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je

Published

on

Cara Buat Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je

Kalau ada banyak pisang lebih dekat rumah, memang wajib cuba resepi apam pisang ni. Maklumlah, kalau asyik buat cekodok pisang pun bosan juga kan? Di Malaysia, kek atau apam pisang telah menjadi kegemaran semua golongan kerana rasanya yang lemak, lembut, dan tidak terlalu manis.

Kalau mahu hasilnya lebih sedap, lebihkan kuantiti pisang semasa dalam proses penyediaannya. Bentuk apam pisang yang kecil dan comel juga sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak.

Kalau buat sendiri dah tentulah lebih berbaloi, dapat dimakan panas-panas bersama teh atau kopi. Memang terbaik! Jadi, jom kita cuba resepi apam pisang oleh Cik Puan Lisa Aisha yang sangat mudah untuk dicuba.

Resepi Apam Pisang Gebu

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung, Macam-Macam Jenis Boleh Dapat Dengan Gunakan Sukatan Sama

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdt soda bikarbonat

Nota: ayak semua bahan

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek
  • 1 cawan minyak jagung (apam lebih gebu guna minyak ini)
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sdt esen pisang
  • 1 sdt perahan limau nipis

Nota: blend semua bahan kecuali pisang sehingga sebati.

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan bahan A dan bahan B. Gaul hingga sebati.

2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya semua bahan sebati.

3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.

4. Kukus selama 20 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah.

5. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba resipi ini.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Pau Lembut Dan Gebu, Senang Rupanya Buat Sendiri. Inti Boleh Letak Ikut Cita Rasa

Sumber : Lisa Aisha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending