Connect with us

Tips Dan Petua

Peminat Sagu Gula Melaka Nak Dapat Efek 3 Layer, Macam Ni Caranya

Published

on

Peminat Sagu Gula Melaka Nak Dapat Efek 3 Layer, Macam Ni Caranya

Berseleranya melihat menu Sagu Gula Melaka yang dihasilkan penuh warna warni seperti ini.Kalau boleh hendak dinikmati masa ini juga, apatah lagi pada musim panas sekarang ini. Jadi tinggu apa lagi, jom buatnya sekarang dengan mengikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Zaini Talib ini. Jom semak.

Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir-sebutir..puas hati.

Untuk panduan yang nak cuba membuatnya…takda resepi spesifik ni just agak-agak ya..

Resepi Sagu Gula Melaka

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Air Oren Paling Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Je, Ala-Ala Oren Vitagen Rasanya

1. Sagu Rm1 direndam sekejap…dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air..agak-agak ya kang hancur abes plak sagunya hihi.

2. Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak-agak seinci dari paras sagu tu.

3. Kemudian masak atas api macam biasa.

4. Sentiasa kacau supaya sagu masak serata.

5. Bila sagu dah jadi jernih takdak biji-biji putih maknanya dah masak.

6. Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan-lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu.

7. Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya..kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya.

Untuk hidangan

  • Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
  • Susu cair.

  • Untuk menghidang masukkan gula..kemudian sagu berselang seli..kemudian akhir sekali masukkan susu untuk dapat efek macam 3 layer tu. semoga bermanfaat.

Selamat Mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cucur Kucai Yang Rangup & Sedap, Guna Cara Ini Untuk Bancuh Tepung

Sumber: Zaini Talib Via MAHN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending