Connect with us

Tips Dan Petua

Lembut Di Dalam Rangup Di Luar Ini Resepi Keropok Lekor Guna 4 Bahan

Published

on

Lembut Di Dalam Rangup Di Luar Ini Resepi Keropok Lekor Guna 4 Bahan

Resepi keropok lekor ini adalah perkongsian daripada Ayu Hidayu di laman Facebook. Menurutnya, ini kali pertama dia cuba membuat keropok lekor dan sos pencicah sendiri. Mujur menjadi katanya.

Tak susah sangat nak membuatnya, yang paling penting kena ada keinginan dan tidak takut untuk mencuba. Paling best, keropok ni resepi homemade. Kebersihan terjamin, garam gula pun kita boleh kawal. Halalan wa toyyiban.

Jom ikuti perkongsian daripada Ayu Hidayu. Jangan lupa cuba ya resepi keropok lekor mudah ni!

Resepi Keropok Lekor Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

Bahan-bahan:

  • 20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ikan kembung), ambil isi sahaja
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam ajinomoto
  • 1 sudu baking powder

Cara buat:

1. Kisar isi ikan dengan sedikit air (agak-agak sehingga boleh dikisar).

2. Gaulkan isi ikan yang telah dikisar dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinamoto, baking powder. Tidak perlu tambahkan air.

3. Uli sehingga menjadi doh. Selepas itu letak sedikit minyak untuk bagi doh licin.

4. Letak sedikit minyak masa nak gentel kat pelapik supaya tidak melekat.

5. Sementara itu, rebuskan air dulu dalam kuali besar.

6. Selepas air mendidih, masukkan keropok yang sudah digentel tadi. Masak sehingga keropok itu terapung bermakna sudah masak elok. Toskan dan sejukkan sebelum dipotong.

7. Gorengkan keropok untuk makan bersama sos pencicah.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Apom Lengang Yang Lembut, Tepi Rangup Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam

Kredit: Ayu Hidayu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending