Connect with us

Tips Dan Petua

Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya

Published

on

Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya

Tengah sedap duduk dalam bilik sejuk aircond tiba-tiba ada air menitis. Banyak pulak tu. Ini antara masalah yang selalu terjadi bila menggunakan aircond.

Puncanya adalah kerana ada saluran yang tersumbat. Selain mendapatkan khidmat dari tukang servis aircond untuk membaikinya kita juga boleh melakukan pembaikan sendiri. Panduannya diberi oleh Fakaruddin Mohd. Boleh cuba ya.

Cara baiki air menitik dari aircond

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Cleaning, Barulah Aircond Sejuk Berangin. Guna Berus Ja

Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.

Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.

Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya

1. Peralatan yang digunakan

  • Screwdriver
  • Tangga lipat

2. Safety alert

  • Matikan suis aircond sebelum mula
  • Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
  • Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk

3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)

  • Buka screw yang ditanda (merah)
  • Unclip housing aircond dekat bahagian atas
  • Tanggalkan housing aircond

4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)

  • Buka screw yang ditanda (merah)
  • Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
  • Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.

5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)

  • Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
  • Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.

6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)

  • Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
  • Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).

7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan

  • Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
  • Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
  • Pasangkan unit aircond semula
  • Alang-alang bersihkanlah filter ya.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Cara Servis Aircond Di Rumah Hanya Guna Remote Saja Sangat Mudah

Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau. KLIK VIDEO DISINI

Sumber: Fakaruddin Mohd

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending