Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Elak Soket Elektrik Dari ‘Overheating’ Atau Mudah Terbakar

Published

on

Tip Elak Soket Elektrik Dari ‘Overheating’ Atau Mudah Terbakar

Penggunaan alatan atau perkakas eletrik di rumah sudah menjadi perkara biasa dalam melakukan rutin harian, dari televisyen, lampu, mesin basuh, peti sejuk, mahu pun pengering rambut, kita pasti memerlukan plug yang banyak di rumah supaya setiap perkakas atau alatan tersebut boleh digunakan.

Bila mana tidak mempunyai cukup plug, tatkala ramai ahli keluarga yang pulang ke rumah, dan perlu mengecas telefon, atau menggunakan komputer riba, kita akan menggunakan soket ‘extension’ untuk memastikan semua orang dapat menggunakan barang mereka.

Setiap Soket Ada Limit Kuasa Tersendiri

ARTIKEL LAIN : Pastikan Betul Ini Panduan Jenis Extension Wire Yang Sesuai Dan Tak Sesuai Dipasang Di Rumah

Namun, tahukah anda, setiap soket ‘extension’ mempunyai limit kuasa yang tersendiri, dan jika tersalah guna, akan berlaku litar pintas, dan menyebabkan kebakaran. Untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku, saudara Abe Jaq kongsikan langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan oleh kita semua.

Mari kita ikuti perkongsiannya.

Kisah teladan dryer baju saya

Al kisah begini ceritanya… Saya sedang basuh tangan dekat sinki dapur, tiba-tiba bau hangit semacam je..dengan menggunakan deria bau saya ini, saya cuba mengesan apakah misteri di sebalik bau ini? Macam scanner gitu..haha

Akhirnya jumpa, soket dan plug dryer baju di rumah yang sudah terbakar. Plug tu dah melekat dekat soket dan amat susah untuk di keluarkan.. Oh ye sebelum terlupa, sebenarnya ianya adalah soket extension, bukan soket yang di dinding tu. Sebab soket di dinding sudah rosak kedua-duanya sebelum kejadian ini. Sebab tu saya gunakan extension. hehe

Foto: Abe Jaq

Cerita sebelum ini, saya berasa agak pelik kenapa tiba-tiba kedua-dua soket di dinding yang saya gunakan untuk mesin basuh dan dryer rosak secara berturut-turut. Tapi saya buat tak tahu je sebab baju berlambak-lambak nak kena basuh dan keringkan. Jadi masa tu teringat ada extension, saya pun guna jela extension tu sampailah kejadian ini berlaku, Nasib baik tiada api yang keluar… alhamdulillah

Bila buat siasatan sebagai seorang yang amatur dalam elektrikal, saya simpulkan tindakan-tidakan yang patut di ambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Ianya mungkin tidak tepat 100% secara teknikal, tetapi setidak-tidaknya anda telah melakukan pencegahan lebih awal :

1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan dryer baju. Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi

2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan dryer dan mesin basuh secara serentak. Jika anda menggunakan dryer dan mesin basuh secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.

3. Saya sarankan gunakan single socket untuk dryer sahaja. Jika anda masih menggunakan double socket jugak, pastikan anda hanya gunakan satu sahaja pada satu masa. Elakkan penggunaan mesin basuh dan dryer secara serentak.

4. Sistem pendaiwaian di rumah. Saya sarankan untuk lebih selamat, semasa mula-mula anda membuat pedawaian dirumah, pastikan soket untuk kegunaan dryer menggunakan saiz wayar yang lebih besar/tebal. Sepertimana pendawaian air cond di rumah. Ianya lebih selamat walaupun secara teknikal ianya agak membazir.

Double Socket : saya guna sebelah untuk mesin basuh dan sebelah untuk dryer

Walaupun ianya diberi contoh kepada penggunaan mesin basuh dan juga dryer, namun alatan elektrik yang lain juga turut sama memberi kesan kalau digunakan dengan salah.

Jika menggunakan soket extension, pastikan anda tidak terlalu membebankannya dengan penggunaan yang banyak pada satu-satu masa.

Sekarang saya sudah tukar soket baru dan hanya menggunakan satu sahaja pada satu-satu masa. Bergilir-gilir antara mesin basuh dan dryer baju. Soket sebelah lagi saya tak tukar pun, biar jela kat situ..Nak buat pendawaian baru untuk dryer sahaja, ongkosnya tiada.. hahaha

Sekian, semoga ambil iktibar.

ARTIKEL LAIN : Kipas Siling Pusing Perlahan Ini Cara Mudah Lajukan Semula

Sumber : Akakpesan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Mudah Benihkan Kunyit dan Halia, Guna Tisu Lembap Pun Boleh Cepat Bertunas

Published

on

Cara Mudah Benihkan Kunyit dan Halia, Guna Tisu Lembap Pun Boleh Cepat Bertunas

Kunyit dan halia merupakan antara tanaman herba yang paling banyak digunakan dalam masakan harian. Selain menjadi bahan penting dalam pelbagai hidangan tradisional, kedua-dua tanaman ini juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Kunyit dan Halia

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai memilih untuk menanam sendiri kunyit dan halia di rumah. Namun begitu, tidak semua percubaan berjaya. Ada rizom yang lambat bertunas, ada yang membusuk sebelum sempat tumbuh dan ada juga yang langsung tidak menunjukkan tanda percambahan.

Jika anda sering berdepan masalah ini, terdapat satu kaedah mudah yang boleh dicuba bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas sebelum rizom ditanam ke dalam tanah atau pasu.

Mengapa Rizom Kunyit dan Halia Sukar Bertunas?

Antara punca utama kegagalan ialah penggunaan rizom yang belum cukup matang, keadaan penyimpanan yang terlalu kering atau kelembapan yang tidak mencukupi semasa proses percambahan.

Dengan menyediakan persekitaran yang lembap dan sesuai, rizom mempunyai peluang lebih tinggi untuk mengeluarkan tunas sebelum dipindahkan ke medium tanaman.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Kaedah ini hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati di rumah.

  • Rizom kunyit atau halia segar.
  • Tisu atau kertas dapur.
  • Bekas bertutup.
  • Bawang besar.
  • Air bersih.

Langkah 1: Pilih Rizom Yang Berkualiti

Dapatkan kunyit atau halia segar yang masih sihat dan tidak menunjukkan tanda reput atau serangan kulat.

Pilih rizom yang mempunyai mata tunas kerana bahagian inilah yang akan menghasilkan pucuk baharu selepas proses percambahan.

Langkah 2: Potong Rizom Kepada Beberapa Bahagian

Potong rizom kepada saiz sekitar satu hingga dua inci bagi setiap bahagian.

Pastikan setiap potongan mempunyai sekurang-kurangnya satu mata tunas untuk meningkatkan peluang percambahan.

Elakkan memotong terlalu kecil kerana ia boleh mengurangkan simpanan makanan yang diperlukan untuk pembentukan tunas baharu.

Langkah 3: Bungkus Dengan Tisu Lembap

Basahkan tisu dengan sedikit air sehingga lembap tetapi tidak terlalu basah.

Kemudian balut potongan rizom menggunakan tisu tersebut.

Kelembapan yang mencukupi membantu merangsang proses percambahan tanpa menyebabkan rizom terendam dalam air.

Langkah 4: Letakkan Dalam Bekas Bertutup

Masukkan rizom yang telah dibungkus ke dalam bekas bertutup seperti bekas plastik makanan.

Bekas bertutup membantu mengekalkan kelembapan sepanjang proses percambahan berlangsung.

Langkah 5: Tambahkan Hirisan Bawang Besar

Salah satu petua yang sering diamalkan ialah meletakkan beberapa hirisan bawang besar bersama rizom di dalam bekas.

Kaedah ini dipercayai membantu merangsang pertumbuhan tunas dan mempercepatkan proses percambahan secara semula jadi.

Walaupun ia lebih kepada petua tradisional, ramai penggemar tanaman mendapati kaedah ini memberi hasil yang memuaskan.

Langkah 6: Simpan Pada Suhu Bilik

Simpan bekas di tempat yang redup dan tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.

Suhu bilik yang stabil biasanya sudah mencukupi untuk membantu proses percambahan berlaku dengan baik.

Pastikan tisu sentiasa berada dalam keadaan lembap sepanjang tempoh ini.

Berapa Lama Untuk Rizom Bertunas?

Kebiasaannya, tunas mula muncul dalam tempoh sekitar satu hingga dua minggu bergantung kepada keadaan rizom dan persekitaran.

Periksa bekas secara berkala bagi memastikan tisu tidak kering dan rizom tidak menunjukkan tanda reput.

Apabila tunas mula kelihatan, rizom sudah bersedia untuk dipindahkan ke medium tanaman.

Langkah 7: Tanam Ke Dalam Pasu atau Tanah

Selepas tunas terbentuk, tanam rizom ke dalam pasu atau terus di atas tanah.

Pastikan mata tunas menghala ke atas dan tutup dengan lapisan tanah yang nipis.

Gunakan medium yang gembur dan mempunyai saliran yang baik bagi mengelakkan masalah reput akar.

Penjagaan Selepas Menanam

Untuk memastikan pokok tumbuh dengan baik, berikan penjagaan asas yang konsisten.

  • Siram secara berkala bagi memastikan tanah sentiasa lembap.
  • Elakkan air bertakung di sekitar rizom.
  • Letakkan pokok di kawasan yang menerima cahaya matahari yang mencukupi.
  • Berikan baja organik secara berkala untuk menyokong pertumbuhan.

Dengan penjagaan yang baik, pokok kunyit dan halia akan mula mengeluarkan daun baharu dan membesar dengan lebih cepat.

Kelebihan Menyemai Sebelum Menanam

  • Meningkatkan kadar kejayaan percambahan.
  • Mengurangkan risiko rizom membusuk dalam tanah.
  • Memudahkan pemilihan rizom yang benar-benar hidup.
  • Menjimatkan ruang tanaman kerana hanya rizom bertunas dipindahkan.
  • Membantu mempercepatkan proses pertumbuhan awal pokok.

Kesimpulan

Menyemai kunyit dan halia menggunakan kaedah tisu lembap merupakan teknik yang mudah, murah dan sesuai untuk mereka yang sering mengalami kegagalan ketika menanam terus ke dalam tanah. Dengan memastikan rizom bertunas terlebih dahulu, peluang untuk mendapatkan pokok yang sihat dan subur menjadi lebih tinggi.

Jika anda bercadang menanam kunyit atau halia di rumah, kaedah ini boleh dijadikan langkah awal yang praktikal bagi memastikan tanaman membesar dengan lebih baik dan menghasilkan rizom yang berkualiti pada masa akan datang.

Continue Reading
Advertisement

Trending