Connect with us

Tips Dan Petua

Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Rebus Telur Supaya Senang Dikupas Memang Menjadi

Published

on

Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Rebus Telur Supaya Senang Dikupas Memang Menjadi

Pelbagai sajian yang diserikan dengan telur rebus memang menyelerakan. Biasanya, orang akan masak sekali banyak untuk buat bihun sup, mee kari, mee jawa, laksa, dan sebagainya. Ada juga yang suka makan begitu saja.
Mungkin ramai yang perasan, masa mengupas telur rebus ini, bahagian putih telur selalu terlekat sekali bersama kulitnya. Akibatnya, hasil kupasan telur tadi kelihatan menggerutu dan tidak cantik. Malah, ada masanya sampai terkoyak dan terbelah menampakkan bahagian kuning telur.

Walaupun rasanya tidak terjejas, tapi rasa tak seronoklah nak menikmati telur rebus bila rupanya tak secantik yang kita harapkan, apatah lagi nak dihidang untuk tetamu yang istimewa.

Walau apa pun, jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, Puan Waheeda Basiron akan menunjukkan rahsia merebus telur yang akan menjadikan hasil kupasannya mulus dan licin. Tak ada cacat cela lagi!

Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas. Licin, Tanpa Cacat Cela!

Berikut adalah cara-caranya.

1. Basuh Telur

Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air.

(Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.)

2. Masukkan Garam & Minyak Masak

Kemudian, masukkan 2 bahan ini – sesudu garam dan sesudu minyak masak.

Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.

3. Rebuskan

Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.

4. Rendam & Kupas

Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa.

Beginilah hasilnya, memang memuaskan. Rasa ‘geram’ pun ada bila tengok, kan?

Rupanya hanya dengan memasukkan 2 bahan sedia ada di rumah ini, telur rebus akan lebih mudah dikupas tanpa meninggalkan sebarang cacat cela.

Tak perlu risau ya, telur yang direbus tadi takkan menyerap sebarang rasa masin atau minyak yang diletakkan. Rasa telur rebus ini macam biasa saja, tetap tak berubah.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Published

on

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Pokok pudina antara herba yang sangat popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai banyak kegunaan. Daunnya sering digunakan dalam minuman, masakan dan pelbagai hidangan kerana aroma segarnya yang menyenangkan.

Menariknya, pokok pudina juga sangat mudah dibiakkan. Dengan teknik yang betul, hanya beberapa pucuk sahaja sudah cukup untuk menghasilkan banyak pasu baru dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin berjimat dan mahu menambah koleksi tanaman herba di rumah, kaedah tanam pudina menggunakan pucuk adalah antara cara paling mudah dan cepat berhasil.

Kenapa Ramai Pilih Tanam Pudina Guna Pucuk?

Berbanding kaedah rendaman batang dalam air, teknik menggunakan pucuk lebih cepat untuk menghasilkan akar dan pertumbuhan baru.

Selain itu, ia juga lebih praktikal kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Dengan hanya beberapa batang pudina matang, pokok baru boleh dibiakkan berkali-kali.

Pilih Medium Tanah Yang Sesuai

Pokok pudina memerlukan tanah yang ringan, gembur dan mudah menyimpan kelembapan.

Antara medium yang sesuai ialah tanah organik atau campuran tanah sawit yang mempunyai saliran air yang baik. Tanah yang terlalu padat boleh menyebabkan akar sukar berkembang.

Gunakan Pucuk Yang Sudah Matang

Pemilihan pucuk memainkan peranan penting untuk memastikan pokok cepat hidup.

Pucuk yang matang biasanya mempunyai batang berwarna sedikit ungu atau keperangan muda. Pucuk jenis ini lebih kuat dan mempunyai kadar hidup yang lebih tinggi.

Elakkan menggunakan pucuk yang terlalu muda kerana batangnya masih lembut dan mudah layu selepas ditanam.

Cara Tanam Pucuk Pudina

Selepas memilih pucuk yang sesuai, cucukkan batang pudina ke dalam tanah yang sudah digemburkan.

Kemudian siram sehingga tanah benar-benar lembap. Pastikan air mencukupi supaya pucuk cepat menyesuaikan diri dengan medium baru.

Simpan Di Tempat Teduh Pada Peringkat Awal

Selepas ditanam, letakkan pasu di kawasan teduh selama satu hingga dua minggu.

Pada peringkat ini, elakkan cahaya matahari secara terus kerana pucuk masih belum mempunyai akar yang kuat. Jika berjaya hidup, daun akan kekal hijau dan mula mengeluarkan tunas baru.

Dedahkan Kepada Cahaya Matahari Secara Beransur

Apabila pokok mula stabil dan tumbuh daun baru, barulah ia boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara perlahan-lahan.

Pokok pudina yang sudah matang sebenarnya boleh hidup dengan baik di bawah cahaya matahari penuh asalkan mendapat air yang mencukupi.

Pembajaan Ringan Untuk Pertumbuhan Lebih Subur

Selepas usia pokok mencecah sekitar dua minggu, sedikit baja boleh diberikan untuk membantu pertumbuhan daun dan akar.

Gunakan baja dalam kuantiti kecil sahaja kerana pokok pudina tidak memerlukan baja yang terlalu banyak.

Kelebihan Tanam Pokok Pudina Di Rumah

  • Mudah dijaga dan cepat membiak
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
  • Menjimatkan kos membeli herba segar
  • Memberi aroma segar di kawasan rumah
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang kecil

Penutup

Menanam pokok pudina menggunakan pucuk memang antara cara paling mudah untuk mendapatkan banyak anak pokok dalam masa singkat.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang cukup, tanah yang sesuai dan pencahayaan yang betul, pokok pudina boleh tumbuh subur dan cepat membiak di rumah.

Bagi yang baru mahu mula berkebun herba, pokok pudina memang sangat sesuai dijadikan tanaman permulaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending