Connect with us

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Pes Tomyam Paling Kaw Caranya Tak Susah Pun

Published

on

Rahsia Buat Pes Tomyam Paling Kaw Caranya Tak Susah Pun

Tomyam yang paling sedap selalunya ada kuah yang pekat, pedas, ‘kaw’, dan terasa semua bahannya. Sekali dihirup, memang ‘terangkat’lah!

Tapi, mungkin tak ramai yang tahu membuat pes tomyam ini sendiri dan selalu menggunakan perencah segera yang kini mudah didapati. Sebenarnya, cara membuat pes tomyam ini tidak sesukar yang anda fikirkan. Malah, lebih sedap kalau dibuat sendiri kerana boleh diubah-ubah mengikut citarasa masing-masing.

Kali ini, kami ingin kongsikan resepi tomyam pes yang ‘kaw’, tapi cukup mudah oleh Puan Azzuliza Sukirman.

Resepi Tomyam Homemade Yang Paling ‘Kaw’. Tak Susah Pun!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Makan Dengan Nasi Panas Saja Pun Sedap

Menurut Puan Azzuliza, sejak dah tahu buat pes tomyam sendiri, memang dah jarang sangat beli perencah di kedai. Bahannya mudah didapati dan cara membuatnya meman, ‘simple’ sangat.

Mari kita lihat bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili blend
  • 1 biji tomato
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • 3 tangkai cili besar
  • 1 biji kiub ayam (*kalau nak guna pati ayam buatan sendiri pun boleh)

Bahan lain:

  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak-koyak)
  • Ayam
  • Sayuran pilihan
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Ini Pula Cara Memasaknya.

1. Kisar Bahan

Pertama sekali, kisarkan semua bahan kisar yang disenaraikan di atas bersama sedikit air.

2. Masak Bahan Kisar

Masak bahan kisar tadi di dalam kuali atau periuk menggunakan api perlahan.

Tak perlu tumis dengan minyak kecuali kalau anda nak buat stok pes tomyam. Kalau nak makan terus, rebuskan saja. Lagi sihat!

3. Masukkan Bahan Seterusnya

Seterusnya, masukkan ayam, serai, dan daun limau purut. Kacau sehingga ayam kental atau separuh masak.

Tunggu pes sehingga agak kering airnya. Tapi, jangan sampai hangit ya. Kekalkan api perlahan saja.

4. Masukkan Air Dan Sayur

Apabila ayam dah separuh masak, boleh masukkan air dan sayuran kegemaran anda.

5. Perasakan

Setelah sayuran empuk, boleh perasakan dengan garam dan sos tiram.

Siap Dihidang!

Mudah, bukan resepi tomyam ini? Kalau nak buat tomyam daging, seafood dan sebagainya tambahkan saja. Anda juga boleh pelbagaikan bahan lagi jika anda sukakan bahan tertentu seperti belacan atau sedikit gula untuk mengimbangkan rasa.

Boleh Dijadikan Stok Dan Disimpan Dalam Peti Sejuk

Menariknya, pes tomyam ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dijadikan stok. Tapi, ia mesti ditumis dengan sedikit minyak dan dimasak atas api agar boleh tahan lebih lama.

Untuk memudahkan, anda boleh buat dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lain kali ia boleh terus digunakan untuk memasak dengan mudah dan cepat.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Sumber: Puan Azzuliza Sukirma

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending