Connect with us

Sukan

Esok Misi Terakhir Skuad Malaysia U-19

Published

on

Tidak mahu akur dengan kritikan peminat bolasepak Malaysia, skuad bawah 19 tahun negara membuktikan mereka mampu untuk bergelar juara Kejuaraan AFF B-19 Indonesia. Ini selepas pasukan kendalian Hassan Sazali Waras layak ke perlawanan akhir kejuaraan tersebut selepas menundukkan Vietnam dengan jaringan 3-0.

Bermula dengan agak perlahan, pasukan negara tidak diberi harapan yang tinggi oleh peminat dan rata-rata mengatakan pasukan ini akan tersungkur pada perlawanan separuh akhir tersebut.

Namun kesungguhan dan semangat yang tinggi menjadi resepi pasukan negara dalam membuktikan mereka mampu untuk bergelar juara pada kejohanan kali ini. Mereka dijangka akan bertemu pasukan Laos yang mengejutkan Thailand pada perlawanan separuh akhir baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, Malaysia kalah pada perlawanan akhir kumpulan di tangan Laos dengan jaringan sepakan Penalti. Maka ini secara tidak langsung merupakan peluang untuk membalas semula dan bergelar juara.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, skuad bawah 19 ini membawa misi akhir dan akan menyelesaikan tanggungjawab mereka pada hari jumaat ini. Berikut adalah jadual perlawnana

Malaysia-19 vs Laos-19 dijangka akan bertemu pada Jumaat 15.7.2022 pada jam 9 malam.

Untuk pengetahuan semua juga, Malaysia kali terakhir muncul sebagai juara adalah pada tahun 2018 dengan berjaya membenam pasukan Myanmar pada aksi akhir dengan keputusan 4-3. Pasukan negara pada ketika itu dikendalikan oleh Bojak Hodak.

Jadi mampukah skuad kali ini mengulang kejayaan 2018 ? Atau Loas akan membuktikan sesuatu pada perlawanan akhir ini dan mengulang sejarah di peringkat kumpulan mereka ?

Sama-sama kita nantikan jumaat ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sukan

Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil

Published

on

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menundukkan pasuakan Thailand dengan keputusan 1-0 untuk saingan Separuh Masa pertama di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 menerusi pemain Faisal Halim.

Malaysia sepatutnya boleh menambah jaringan di separuh masa kedua selepas tandukan Dominic Tan digagalkan oleh pengadil perlawanan.

Malaysia membawa 1 bekalan gol ke Stadium Thammasat, Thailand pada 10 Januari ini.

Continue Reading
Advertisement

Trending