Connect with us

Resepi

Menu Set Resepi Pulut Kuning Serta Kari Ayam Pekat

Published

on

Resepi Pulut Kuning Serta Kari Ayam Pekat akan menunjukkan petua memasak pulut kuning yang cantik warnanya dan tak pecah perut. Resepi ini juga sedikit istimewa sebab kari ada diletakkan kerisik dan lengkuas yang membuatkan aromanya lagi menggoda.

Cara buat pulut kuning dan kari ayam ini memang cukup mudah! Ia juga merupakan padanan yang sempurna! Rasa lemak pulut kuning yang lembut dengan kuah kari ayam yang pekat dan pedas memang tak boleh ditolak.

CARA BUAT PULUT KUNING

Bahan-bahan:

  • 1 kg pulut (bersihkan terlebih dahulu)
  • Air secukupnya
  • Serbuk kunyit
  • Pewarna kuning telur
  • 1 keping asam keping

Bahan A (kacau):

  • 1 kotak kecil santan segera (200g)
  • 1 kotak air (sukat menggunakan kotak santan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  • Rendam pulut dengan air, serbuk kunyit, pewarna kuning telur dan asam keping selama 2 jam.
  • Setelah itu, alirkan air dan bersihkan pulut, jangan kacau supaya pulut tidak patah.
  • Kukus pulut selama 30 minit, kemudian angkat dan pindahkan ke dalam bekas.
  • Kacau pulut dengan Bahan A sehingga mesra.
  • Kukus pulut sekali lagi selama 5-10 minit.

RESIPI KARI AYAM PEKAT

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan)
  • 2 paket kecil serbuk kari daging
  • 3 sekawan: kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Bahan A (Kisar halus):

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering

Bahan B:

  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • 4 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • Air secukupnya
  • Segenggam bawang goreng (buat sendiri)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan A bersama 3 sekawan hingga masak garing.

2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam kecut. Kemudian, masukkan Bahan B.

4. Setelah ayam masak, tutup api dan masukkan telur rebus serta bawang goreng.

Kredit: Boss Chemat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending