Connect with us

Umum

[VIDEO] “Macam ni lah budak istimewa, baru naik kereta dah nak tido” – Gelagat kucing terl4mpau mengantuk raih perhatian ramai

Published

on

[VIDEO] “Macam ni lah budak istimewa, baru naik kereta dah nak tido” – Gelagat kucing terl4mpau mengantuk raih perhatian ramai

Umum mengetahui bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang banyak dipelihara oleh sesiapa sahaja yang suka mempunyai teman. Kadang-kadang seseorang yang hidup berseorangan cenderung untuk memiliki seekor kucing.

Sebenarnya teman yang sentiasa ada untuk kita sememangnya adalah haiwan peliharaan kita. Menemani untuk bersiar-siar, berjalan-jalan dan sesekali mereka ini juga yang selalu kita ajak menemani jika keluar rumah. Tetapi ada juga yang kita keluar rumah semata- mata untuk membawa mereka berjalan-jalan.

Sebuah rakaman video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok apabila video berkenaan memaparkan seekor kucing yang lengkap memakai baju sedang tertidur di dalam kereta apabila dibawa berjalan- jalan keluar menaiki kereta.

Detik itu berjaya dirakam oleh pemilik kucing tersebut kerana lagaknya yang tertidur sebaik sahaja memasuki kereta itu sambil terduduk pun boleh tidur. Mungkin kucing itu merasa mengantuk apabila berada dalam suasana yang sejuk. Bukan kucing je tapi kadang-kadang orang perempuan pun naik kereta sahaja mesti tidur kan.

VIDEO KLIK DISINI

Menjengah pada ruangan komen pula, warganet rata-rata mendapati kucing yang tertidur itu sungguh comel dan ada juga yang meninggalkan komen mungkin mabvk kereta agaknya.

Komen Netizen:

Sumber : https://www.tiktok.com/@gengbulus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Published

on

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.

Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.

Cara buat lala masak pedas yang sedap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar lala
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai -diketuk
  • Sos tiram
  • Serbuk Cukup Rasa

Cara membuat

1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.

2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.

3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.

4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.

5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.

6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.

7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.

Selamat mencuba

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending