Connect with us

Resepi

Nostalgia Orang Dulu-Dulu Resipi Kuih Seri Muka Arwah Mak

Published

on

Kuih seri muka ini merupakan kuih tradisional Melayu yang digemari ramai dari dulu sehingga sekarang. Ia mempunyai dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan pulut pada bahagian bawah dan lapisan kastard hijau dibuat dengan jus pandan pada bahagian atas.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Noor Aswani Bt Endut berkongsikan resepi kuih seri muka pandan yang merupakan resipi dari arwah ibunya.

Walaupun kuih ini mudah didapati di mana-mana gerai, namun kuih yang dihasilkan dengan air tangan ibu tiada tandingannya. Oleh itu, jika ada yang ingin mencuba resepi legend orang lama, mari ikuti resipi lengkap di bawah.

RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN

Bahan-bahan lapisan bawah (pulut):

  • 500 gram beras pulut (lebih kurang 3 pot)
  • Santan
  • Air
  • Garam

Bahan-bahan lapisan atas (hijau):

  • 1 mug pati pandan (dalam 15 helai daun pandan)
  • 1 mug santan (pati santan, bukan yang cair)
  • 2 biji telur
  • 8-9 sudu besar gula
  • 3/4 mug tepung gandum

Mug sukatan untuk santan dan pati daun pandan

Cawan untuk sukat tepung gandum

Cara-cara:

1. Cara membuat lapisan hijau: Pukul telur dengan gula sampai hancur. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Masukkan juga santan dan pati air pandan. Kacau sebati dan tapis untuk menapis bahan yang berketul. Ketepikan seketika.

2. Cara membuat lapisan bawah: Satukan pulut dengan santan, air dan garam secukup rasa. Kacau macam nak buat ketupat. Letak dalam loyang dan kukus sampai naik wap selama lebih kurang 15 minit.

3. Apabila nampak wap pulut sudah naik, terus tuangkan adunan lapisan hijau. Sambung kukus selama 40 minit. Sambil itu boleh perhati jika air wap menitik atau tidak, jika menitik, hembus air atas permukaan tersebut supaya kuih cantik sekata.

Kalau risau nak tiup nanti air liur menitik, ikat kain dekat penutup pengukus sebelum muka mengukus. Air tidak akan menitik ke atas kuih.

4. Ini sukatan untuk loyang 10×10. Kalau pakai loyang kecil, kuih akan jadi tebal dan tak berapa cantik.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Aswani Bt Endut

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending