Connect with us

Resepi

Resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap Berempah

Published

on

Kalau dah selalu masak kicap ayam dekat rumah tu boleh cuba resipi ni. Ikan tenggiri masak kicap berempah. Sekali sekala ajar anak-anak makan ikan juga, kalau kena gaya masak memang habis mereka makan.

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul isi ikan tenggiri sebesar tapak tangan
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun ketumbar
  • Air asam jawa secukup
  • Kicap secukupnya
  • Gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 6 biji cili kering – direndam dlm air panas sehingga kembang
  • 10 Biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar

Semua rempah ni disangai sehingga harum, guna api kecil sebelum kisar.

Cara Memasak:

1. Ikan tenggiri dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng ikan dan ketepikan.

2. Gunakan minyak tadi, jika banysk kurangkan. Tumis semua bahan kisar hingga terbit bau wangi dan naik minyak.

3. Masukkan semua ikan tenggiri, bawang besar, tomato kicap serta air asam jawa. Kacau semua bahan-bahan bagi rata. Jika terlalu pekat tambah air.

4. Racik halus daun ketumbar dan potong cili merah, kemudian taburkan atas ikan dan kacau rata. Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah. Bila dah masak boleh la ditutup api.

5. Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing. Kalau suka pedas tambahkan cili api yang dibelah dua.

Sumber: Nur Masri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending