Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kuih Nagasari Paling Mudah, Lembut Dan Kenyal Bila Makan

Published

on

Resepi Kuih Nagasari Paling Mudah, Lembut Dan Kenyal Bila Makan

Ramai suka makan Kuih Nagasari kerana rasanya yang cukup berlemak, masin dan sedap. Sekarang agak susah untuk jumpa kuih ini dijual di luar. Sebenarnya tak susah pun buat Kuih Nagasari ini jika anda mengikut resipi orang lama.

Ia juga tidak menggunakan bahan yang banyak. Anda hanya perlu menggunakan tepung beras, tepung jagung dan santan segar yang dimasak sehingga likat.

Kemudian, intinya pula diisi dengan pisang nipah, raja, nangka, emas atau berangan sebelum dikukus bersama daun pisang. Buat anda yang rindu nak makan lagi Kuih Nagasari, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zahrah Juli di Facebook ini.

RESEPI KUIH NAGASARI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • Pisang nipah (atau boleh saja guna pisang lain)
  • 3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
  • 1 sudu gula (jika perlu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat (adunan kental).

2. Pisang belah dua, ambil sesenduk kecil adunan.

3. Letak pisang kemudian tutup dengn sedikit lagi adunan tadi.

4. Bungkus kemas-kemas, dah siap semua boleh kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang. Siap!

Anda pasti terkejut apabila melihat hasilnya setelah mengikuti resepi Kuih Nagasari ini. Walaupun kali pertama membuatnya, ia tetap menjadi.

Kuih Nagasari ini sangat lembut dan kenyal apabila dimakan. Sesetengah orang suka memakannya bersama gula merah.

Jika anda lebih sukakan adunan yang masin berlemak, anda tak perlu letak gula lagi kerana pisang sudah cukup manis.

Selamat mencuba!

Sumber : Zahrah Juli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending