Connect with us

Tips Dan Petua

Bengkang Roti Gardenia, Cuba Resipi Paling Pantas Ini!

Published

on

Bengkang Roti Gardenia, Cuba Resipi Paling Pantas Ini!

Kadang-kadang mesti ada roti yang berlebihan di rumah dan hampir expired kan? Dari roti itu dibuang, apa kata anda cuba buat bengkang roti.

Cara penyediaan yang senang dan bahan-bahan juga tidak susah untuk dicari, membuatkan kuih ini sesuai sebagai pencuci mulut yang ideal.

Bagi pula kuih ini kepada mak mentua, terus disayangi lebih! Jom cuba resipi yang tersangat mudah dan simple ini oleh Puan Minah Ramli menerusi laman sosial Facebook beliau.

RESIPI BENGKANG ROTI

Bahan-bahan:

  • 8 keping Roti Gardenia
  • 1 cawan Santan
  • 1 cawan Susu cair
  • 1 cawan Gula
  • 1 cawan Air masak
  • 1 biji Telur
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • Mentega secukupnya untuk disapu sekeliling loyang

Cara-cara membuatnya:

1. Rendam roti yang telah dicarik-carik ke dalam air masak sebanyak 1 cawan ke dalam mangkuk besar.

2. Tekan-tekan roti sehingga meresap air dan rendam selama kira-kira 10 minit sehingga kembang.

3. Blender semua bahan yang bertanda * selama 2 minit dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi. Gaul rata semua bahan.

4. Tuangkan campuran bahan-bahan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega atau dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180°C (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 40 hingga 50 minit.

Senang kan buat bengkang roti ini? Apa lagi, jom cuba!

Sumber: Minah Ramli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending