Connect with us

Tips Dan Petua

Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

Published

on

Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

Siakap kengsom thai juadah yang sangat kaya dengan rasa masam, manis dan pedas. Hidangan ini juga merupakan menu wajib order kalau pergi ke restoran Thai.

Cara nak buat pula sangatlah mudah dan pastinya selari dengan tekak orang melayu. Anda boleh menggunakan ikan kegemaran anda selain daripada ikan siakap.

Jom baca resipi perkongsian  Mhdr Nina.

Cara Buat Siakap Kengsom Thai

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap –
  • 3 tangkai cili merah – buang biji (*)
  • Beberapa biji cili api (*) – letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
  • 1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
  • 1 biji bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • 1 inci halia (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan hirisan nanas.
  4. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  5. Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Nota:

  • Untuk rasa yang lebih pekat, boleh kisar sedikit nenas bersama bahan kisar.
  • Jika tidak suka pedas, kurangkan jumlah cili padi dan gantikan dengan lebih banyak cili merah.

Selamat mencuba!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber : Mhdr Nina

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Rebus Telur Tak Retak: Tips Mudah Untuk Hasil Telur Rebus Sempurna

Published

on

Cara Rebus Telur Tak Retak: Tips Mudah Untuk Hasil Telur Rebus Sempurna

Telur rebus adalah antara makanan paling asas yang sering dimakan untuk sarapan atau dijadikan lauk sampingan. Walaupun nampak mudah, ramai sebenarnya berdepan masalah telur retak, pecah atau kulit melekat semasa proses merebus.

Masalah ini biasa berlaku dan bukan kerana teknik yang terlalu rumit, tetapi lebih kepada cara pengendalian telur sebelum dan semasa proses memasak. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh hasilkan telur rebus yang elok, licin dan mudah dikupas.

Kenapa Telur Rebus Mudah Retak?

Telur mudah retak apabila berlaku perubahan suhu yang terlalu drastik. Contohnya, telur sejuk dari peti ais terus dimasukkan ke dalam air panas. Perubahan suhu ini menyebabkan tekanan dalam telur meningkat dan akhirnya kulit telur boleh retak atau pecah.

Selain itu, cara susunan telur dalam periuk dan tekanan semasa mendidih juga boleh menyumbang kepada keretakan.

1. Gunakan Telur Pada Suhu Bilik

Sebelum merebus, keluarkan telur dari peti sejuk dan biarkan ia berada pada suhu bilik. Ini membantu mengurangkan kejutan suhu apabila telur dimasukkan ke dalam air, sekaligus mengurangkan risiko retak.

2. Buat Cucukan Halus Pada Kulit Telur

Anda boleh membuat cucukan kecil pada bahagian hujung telur menggunakan pin atau jarum bersih. Langkah ini membantu melepaskan sedikit tekanan udara di dalam telur ketika dipanaskan.

3. Susun Telur Dengan Kemas Dalam Periuk

Elakkan menyusun telur terlalu padat atau bertindih. Susunan yang terlalu rapat boleh menyebabkan tekanan antara telur semasa air mendidih dan meningkatkan risiko retak.

4. Gunakan Air Sejuk Untuk Mula Merebus

Masukkan telur ke dalam periuk terlebih dahulu, kemudian tuangkan air sejuk sehingga menutupi telur. Elakkan menuang air panas terus ke atas telur kerana ia boleh menyebabkan kejutan haba.

5. Tambah Sedikit Garam Dalam Air

Menambah sedikit garam ke dalam air rebusan boleh membantu mengurangkan risiko kulit telur pecah dan memudahkan proses mengupas selepas direbus.

6. Kawal Masa Rebus Dengan Tepat

Selepas air mula mendidih, anda boleh kawal masa mengikut tahap kematangan telur yang diinginkan:

  • Soft boiled: sekitar 3–5 minit
  • Medium boiled: sekitar 5–7 minit
  • Hard boiled: sekitar 9–12 minit

Selepas cukup masa, segera keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk untuk hentikan proses memasak.

Kesimpulan

Rebus telur dengan hasil sempurna sebenarnya tidak sukar jika anda faham punca masalah dan teknik yang betul. Dengan kawalan suhu, susunan yang betul dan masa yang tepat, anda boleh elakkan telur daripada retak serta mudah dikupas.

Amalkan langkah-langkah ini di rumah untuk hasil telur rebus yang lebih cantik, sedap dan konsisten setiap kali.

Continue Reading
Advertisement

Trending