Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Tak Cukup Sepinggan Nasi!

Published

on

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Tak Cukup Sepinggan Nasi!

Tiada idea nak nak apa untuk makan tengahari? Jom cuba masak ikan tenggiri masak asam macam ni. Kalau sebelum ni, asyik goreng dengan garam kunyit sahaja kan? Kalau buat masak asam macam ni lebih padu rasanya! Rugi kalau tak cuba, ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di laman Facebook.

CARA BUAT IKAN TENGGIRI MASAK ASAM JAWA

Bahan-Bahan:

  • 5-7 keping ikan tenggiri batang.
  • Asam jawa 2 sudu besar dan di bancuh dengan 2 cawan air.
  • Bawang besar 1 biji dipotong bulat.
  • Bawang putih 3 ulas dihiris.
  • Halia 2cm dihiris.
  • Serai 1 batang dikatok.
  • Cili padi merah 7 batang.
  • Cili hijau 1 batang dibelah 6.
  • Gula 1½ sudu besar.
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil.

Cara-Caranya:

1. Bersihkan ikan dan gorengkan ikan yang telah digaul bersama kunyit dan sedikit garam.

2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

3. Masukkan serai, cili padi dan cili hijau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasanya.

4. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masak sehingga mendidih. Bila dah puas hati semuanya cukup rasa boleh la tutup.

5. Siap. Boleh dihidangkan bersama nasi panas. Sedapnyaa!

Cuba bayang Kan lauk nih makan dengan nasi panas-panas. Agak-agak menambah tak? Dimakan pula bersama sambal belacan. Perghhh.

Selamat mencuba.

Sumber : Puan Nurul Ateekah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Simpan Ikan Supaya Tahan Lama Dalam Peti Ais, Segar & Tak Hanyir Lebih Lama

Published

on

Cara Simpan Ikan Supaya Tahan Lama Dalam Peti Ais, Segar & Tak Hanyir Lebih Lama

Mengurus bahan mentah di dapur bukan perkara mudah, terutama bagi ibu-ibu yang perlu membahagikan masa antara kerja, keluarga dan penyediaan makanan harian. Ikan adalah antara bahan yang cepat rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.

Dengan teknik penyimpanan yang sesuai, ikan bukan sahaja boleh tahan lebih lama dalam peti ais, tetapi juga dapat mengekalkan kesegaran, tekstur dan rasa asalnya apabila dimasak nanti.

Kenapa Ikan Mudah Rosak Jika Tidak Disimpan Betul?

Ikan mengandungi kandungan air dan protein yang tinggi, menjadikannya mudah terdedah kepada bakteria jika tidak disimpan pada suhu yang sesuai. Jika dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik atau disimpan tanpa kaedah yang betul, ikan boleh cepat hanyir, lembik dan rosak.

Justeru itu, cara penyimpanan memainkan peranan penting untuk memastikan kualiti ikan kekal baik sehingga masa untuk dimasak.

1. Simpan Ikan Dengan Hirisan Lemon

Selepas ikan disiang dan dibersihkan, susun ikan dalam bekas bersih mengikut portion hidangan supaya lebih mudah digunakan nanti.

Letakkan beberapa hirisan lemon di atas ikan sebelum ditutup rapat. Lemon membantu mengurangkan bau hanyir dan mengekalkan kesegaran ikan lebih lama dalam peti sejuk beku.

Untuk kemudahan memasak, ikan juga boleh dilabel mengikut jenis atau saiz.

2. Simpan Ikan Tanpa Bilas (Dengan Cara Betul)

Ada kaedah yang membolehkan ikan disimpan tanpa perlu dibasuh semula selepas disiang. Walaupun masih terdapat sedikit darah, jika disimpan dalam bekas kedap udara, ia tidak akan menjejaskan bau peti ais.

Pastikan ikan dibersihkan bahagian penting seperti perut, isi dalam dan insang sebelum disimpan untuk mengelakkan pencemaran.

3. Gunakan Bekas Kedap Udara

Bekas kedap udara atau plastik zip berkualiti tinggi membantu mengelakkan udara luar masuk dan melambatkan proses pembiakan bakteria.

Selain itu, ikan juga boleh dibalut dengan aluminium foil sebelum dimasukkan ke dalam bekas bagi perlindungan tambahan terhadap bau dan pencemaran silang dengan makanan lain.

4. Rendaman Asam Jawa Untuk Kurangkan Bau Hanyir

Satu lagi teknik yang boleh digunakan ialah mencuci ikan menggunakan air asam jawa sebelum disimpan. Kaedah ini membantu mengurangkan bau hanyir dan memberikan sedikit kesan pembersihan semula jadi.

Selepas itu, bilas ringkas dan simpan ikan dalam bekas atau plastik yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

5. Simpan Dalam Air (Untuk Jangka Pendek Tertentu)

Kaedah merendam ikan dalam air juga boleh digunakan untuk penyimpanan jangka pendek. Ikan perlu diletakkan dalam bekas bersih dan ditenggelamkan sepenuhnya dengan air sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Pastikan ikan telah dibersihkan dengan sempurna sebelum menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan pencemaran.

Tips Tambahan: Cara Nyahbeku Ikan Dengan Betul

Jika ikan disimpan dalam bahagian beku, cara paling selamat untuk mencairkannya ialah dengan memindahkan ikan ke bahagian chiller semalaman. Proses ini membolehkan ikan mencair secara perlahan dalam suhu terkawal tanpa merosakkan tekstur.

Elakkan mencairkan ikan pada suhu bilik kerana ia boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria.

Kesimpulan

Dengan teknik penyimpanan yang betul, ikan bukan sahaja lebih tahan lama, tetapi juga kekal segar dan sedap apabila dimasak. Kaedah yang mudah seperti penggunaan bekas kedap udara, perahan lemon dan penyusunan yang betul boleh memberi kesan besar kepada kualiti ikan.

Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa di dapur, tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran makanan dalam jangka panjang.

Continue Reading
Advertisement

Trending