Connect with us

Tips Dan Petua

Wanita Ini Kongsi Cara Guna Santan Jenis Kotak, Fresh Dan Serbuk. Patutlah Ada Banyak Jenis

Published

on

Wanita Ini Kongsi Cara Guna Santan Jenis Kotak, Fresh Dan Serbuk. Patutlah Ada Banyak Jenis

Santan adalah antara bahan asas dalam sesuatu masakan sehari-hari. Dari jenis masakan berlauk, kuih muih sehinggalah ke jenis minuman. Jika anda perasan ada pelbagai jenis santan dipasaran. Daripada santan segar, kotak hinggalah ke santan serbuk.

Sebenarnya jenis santan-santan ini mempunyai rasa dan cara guna santan yang berbeza dalam masakan.

Ini yang dikongsikan oleh Puan Ummi Syuhadah mengenai jenis-jenis santan dan juga kegunaanya dalam masakan.

TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK.

ARTIKEL LAIN : Cara Pilih Tepung Beras Yang Betul Supaya Kuih Menjadi, Kena Tengok Bilangan Gajah!

Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.Semua ni saya guna. Semua best.

SANTAN KARA PEKAT

1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sbb tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak dan berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiga sedap.

Kalau masakan berkuah santan macam masak lemak cili padi ni, takde masalah takut terpecah minyak bila santan meruap. Lepas panaskan 2-3 kali lagi pekat lagi sedap

2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.

3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu degan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul degan pulut dan bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul dan senang larut sebab lebih cair.

Serunding basah. Santan M&S campur dengan Ayam Brand. Lebih cepat pecah minyak berbanding kara, mungkin sebab lebih cair. Kaler juga lebih cantik. Kara kalau terlebih santan, tekstur rendang jadi tebal. Santan M&S dan Ayam Brand saya tak dapat bezakan lagi kualitinya, jadi demi kasih sayang saya beli dua-dua

SANTAN FRESH

4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dlm 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.

Freshly squeezed, tiada campuran air. Bila beku takde air batu terasing kat bawah. Kalau ada air batu, itu santan cair. Lalukan saja bahagin ais tu bawah pili kalau nak pati. Jangan marah penjual, sebab ada yang blend kelapa parut utk jual santan beku, wajib le guna air. Bukan semua ada mesin perah kelapa tu. *Biasanya resepi rendang 1kg daging dan 1kg santan, kalau guna pati ni cukup 1/2 kg je.

5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.

Untuk masakan tertentu, rendam sampai cair sebelum guna. Pek kecik ni kalau buat kari ikan guna sikit je.. kalau kari ayam/ daging kadang-kadang guna semua. Kuih-muih tradisional saya lebih suka santan asli macam roti jala, ketayap, bengkang, kuih cara, tepung talam dll.

6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.

Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

Pulut pelam. Mula-mula gaul dgn kara.. tak jadi. Pastu tukar santan fresh. Cantik berkilat. Tak jadi sebab silap teknik.

SANTAN SERBUK

7. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai .Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.

8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.

9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok-elok ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.

10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik-kecik. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai abis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam kat pulut.

11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.

Kalau takde daun pandan, tuang je serbuk perasa pandan dalam nasi lemak. Gmbr nasi lemak sebelah tu sebagai hiasan je

12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat-cepat buat gulai ayam hantar kat saya.

Semoga perkongsian Puan Ummi Syuhada ini dapat memberikan sedikit sebnyak tips dapur kepada para wanita dan suri rumah diluar sana. Salam syg ..

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Guna Botol, Kaedah Simpan Cili Tahan Lagi Lama. 8 Bulan Pun Masih Segar

Sumber : Ummi Syuhadah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending