Connect with us

Umum

[VIDEO] “The real kena sidai,”–Gelagat Oyen rosak buat ramai terhibur

Published

on

[VIDEO] “The real kena sidai,”–Gelagat Oyen rosak buat ramai terhibur

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @nisaafiqah_ memaparkan seekor kucing bewarna oren yang popular dengan gelaran Oyen sedang berada di atas sebatang pokok.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah kedudukan Oyen tersebut yang kelihatan seperti ‘kena sidai’ tidak seperti kedudukan kucing-kucing lain ketika memanjat pokok

“Oyen rosak,” tulis @nisaafiqah_ di ruangan kapsyen.

VIDEO KLIK DISINI

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.4 juta tontonan, 181.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Sumber: tiktok nisaafiqah_ via Koleksi Viral

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Published

on

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.

Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.

Cara buat lala masak pedas yang sedap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar lala
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai -diketuk
  • Sos tiram
  • Serbuk Cukup Rasa

Cara membuat

1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.

2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.

3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.

4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.

5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.

6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.

7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.

Selamat mencuba

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending