Connect with us

Umum

“Ada mix ke ni?”Anjing Jelmaan Miliki Muka Mirip Kucing Kantoi. Dahla Gendut Tengok Muka Pun Nakal.

Published

on

“Ada mix ke ni?”Anjing Jelmaan Miliki Muka Mirip Kucing Kantoi. Dahla Gendut Tengok Muka Pun Nakal.

Kucing dan anjing antara haiwan yang mendapat perhatian lebih diantara binatang-binatang peliharaan.Kenakalan , kesetiaan dan cara mereka meminta perhatian cukup sudah menambat hati kita untuk berasa sayang seperti keluarga .

Antara baka kucing yang tercomel di dunia ialah kucing British Shorthair, kucing Parsi, Scottish Fold dan kucing Ragdoll. Namun, tak bermakna spesies yang lain tak comel tau.

Ada seekor anjing di Vietnam ini pula telah mencuri perhatian pengguna internet baru-baru ini kerana memiliki wajah dan saiz badan yang mirip dengan kucing.

Menurut New York Post, anjing yang diberi nama Dúi oleh tuannya itu telah menjadi tumpuan kerana ramai yang tertanya-tanya adakah ia seekor kucing atau anjing apabila melihat gambarnya di media sosial.

Ada juga confused adakah haiwan peliharaan itu memiliki d4rah atau baka campuran kucing dan anjing.

Namun, ia sebenarnya seekor anjing yang dipercayai merupakan campuran baka anjing hmong (baka Vietnam) dan anjing yang berkaki pendek.

Bila dicampurkan kedua-dua baka berkenaan, keluarlah seekor anjing comel yang mirip kucing kerana memiliki bulu yang halus berwarna kelabu.

Apa yang menarik perhatian ramai lagi ialah gelagat anjing ini yang sentiasa lincah dan comel.

Pemilik anjing tersebut juga mengatakan kepada The Mirror bahawa dia sangat beruntung memiliki anjing seperti Dúi kerana wajahnya macam kucing Inggeris dan ia juga sangat bijak.

Memang comel g1la anjing ni. Sekali tengok memang ingatkan kucing British Shorthair atau Scottish Fold.

Sumber: Lobak Merah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending