Connect with us

Tips Dan Petua

Tips Buat Kuih SeriMuka Sedap BerIemak, Topping Lembut Dan Texture Licin..

Published

on

Tips Buat Kuih SeriMuka Sedap BerIemak, Topping Lembut Dan Texture Licin..

Seri muka merupakan antara kuih wajib yang menjadi pilihan ketika mengadakan apa-apa acara sebagai pemanis mulut.

Berikut merupakan resepi kuih seri muka istimewa yang dikongsikan oleh seorang pengguna social media Faceb0ok di Page Masak Apa Hari Ini ( MAHN ) Ikuti perkongsiannya :

Resepi kuih seri muka , resepi mak Mr.Ali ( edisi topping lembut)

Harap hampa sudi la send “LOVE” dekat mak saya..

Jom study! InsyaAIIah sy guide supaya hampa senang faham naa..

LOYANG PETAK 8 INCI (lapik plastik)

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam

( Dah masukkan garam terus asingkan : 2 cawan untuk pulut, 2 cawan untuk topping)

  • 5-6 helai daun pandan
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum.

Cara- Cara :

BAHAGIAN PULUT

– 4 cawan beras pulut (dibasuh). Dah selesai basuh rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit

– Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan kukus selama 30 minit.

BAHAGIAN TOPPING

– Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air. Dah kisar sila tapis (akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan) Ketepikan..

– Seterusnya masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap dan masukkan :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air pandan yang kita buat tadi
  • 2 cawan santan pekat

Ka.cau bahan2 diatas ni sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau & 1 sudu kecil pewarna kuning.

Kacau sebati. Ketepikan..

– Ok pulut tadi selepas kuku 30 minit masukkan 2 cawan santan pekat tadi (baca balik bahagian bahan-bahan. Santan pekat dah diasingkan selepas ditambah garam)

– Ratakan santan tadi dan sambung kukus lagi 10 minit.

– Sementara itu ambil topping dah siap tadi tapis dan masakkan atas 4pi perlahan sampai berwap atau ada sedikit gumpalan. Anggaran atas a.pi hanyalah 2 minit. Ingat 4pi perlahan. Ini untuk dapat texture licin dan cantik atas topping. (Tips)

– Off api dan tuangkan keatas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak. A.pi perlahan. Kalau 4pi kuat topping akan jadi berkedut. (Tips)

Balut penutup dengan kain agar wap tak ja.tuh atas topping tadi..

– Dah masak sila sejukkan dulu selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan pot0ng ikut kreativiti hampa.

– P0tong pakai pis4u plastik dan layangkan atas toping perlahan-lahan baru p0tong. Jangan p0tong panas-panass satgi tak cantik.

Selamat mencuba semua! ♥

Sumber : Mr.Ali (MAHN)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending