Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta, Cuci Guna Pes Pencuci Pinggan Saja. Mudah & Murah!

Published

on

Tip Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta, Cuci Guna Pes Pencuci Pinggan Saja. Mudah & Murah!

Titisan air yang dibiarkan tanpa akibat hujan, embun atau membasuh kereta boleh menyebabkan watermark pada cermin kereta. Cermin kereta akan mampak bertompok-tompok dan kelihatan kotor. Watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.

Nak hilangkan watermark ini perlu cucian khas dan lebih mahal harga jika dilakukan di pusat cucian kereta. Tapi jika nak jimat boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok Bezza_jerw.

Beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan. Video TikTok beliau ini mendapat lebih 4 juta tontonan.

Tip Hilangkan Kesan Watermark Pada Cermin Kereta Guna Pes Pencuci Pinggan

ARTIKEL LAIN : Modal Tak Sampai RM15, Lelaki Ini Ajar Cara Nak Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta

Cara yang ditunjukkan memang mudah dan murah.

1. Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).

2. Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.

3. Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.

4. Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.

5. Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.

Semoga Manfaat!

Ini pula video penuh beliau di TikTok.

Sumber : Tiktok @bezza_jerw

ARTIKEL LAIN : Sental Lemon & Baking Soda Pada Lampu Kereta Kedam, Hasilnya Memang Terus Berkilat

Selamat mencuba.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending