Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

Published

on

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

Kita selalu tertanya-tanya kenapa tepung celup tepung yang makan di kedai sedap ranggup dan tak tanggal pun tepungnya. Sedangkan bila kita buat, habis luruh tepungnya. Itu belum lagi meletup-letup dalam kuali.

Supaya lepas ni sotong celup tepung kegemaran kita elok kejadiannya, rangup, tepungnya melekat elok boleh ikut tip dari Fatihah Aziz ini.

Menariknya untuk hasilkan sotong celup tepung yang crunchy ini dia tak gunakan tepung segera pun sebaliknya buat sendiri bancuhan tepung. Tip penting katanya bancuhan kena sejukkan dulu!

Sotong Celup Tepung Yang Sedap Chrunchy

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Stew Ayam Kuah Pekat Sedap Dihirup. Nampak Macam Sup Tapi Bukan

Bahan untuk bancuhan tepung kering:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar garam
  • Campur 3 jenis tepung ini dan gaul rata.

Bahan bancuhan tepung basah:

 

  • Ambil sedikit tepung yang dah digaul rata tadi.
  • Tambah 1 biji telur & sedikut air (secukupnya).
  • Adunan tepung tak cair sangat dan tak pekat sangat. Sedang-sedang saja.

Langkah demi langkah

1. Rendam sekejap sotong dengan air panas dalam 2-3 minit bagi kembang supaya mudah bila nak celup tepung sebelum menggoreng.

2. Ok, dah siap tepung basah tadi, boleh masukkan sotong ke dalamnya & gaul rata macam ni.

3. Siapkan 2 bahan

– Tepung Basah yg dah dicelup sotong dalamnya

– Tepung Kering utk celupan ke 2 sebelum goreng

Dua bahan ini masuk dalam peti ais. Biarkan sejuk dalam 20-30 minit.

4. Dah sejuk tepung tadi bolehlah keluarkan. Celup sotong (yang sudah terendam dengan tepung basah tadi) dengan tepung kering. Gaul rata, bagi keseluruhan sotong mesti kena tepung. Dah boleh digoreng.

Inilah hasilnya sotong celup tepung.

Selamat mencuba

Sumber : Fatihah Aziz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Udang Masak Berempah, Sangat Lazat & Menyelerakan

Published

on

Resipi Udang Masak Berempah, Sangat Lazat & Menyelerakan

Udang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba buat udang masak berempah pula.

Cara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Lihat resipi lengkap perkongsian oleh Natasya Qalisya di bawah.

Cara Buat Udang Masak Berempah

Bahan-bahan:

  • Udang setengah kilo
  • 2 sudu besar rempah kari babas ayam/ikan.
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar Kicap ABC
  • 1 sudu kecik lada hitam
  • Sedikit garam&perencah secukup rasa
  • Daun kari 1@2 pelepah
  • Bawang putih & bawang merah potong
  • Sedikit air kosong
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan, rempah dan sos kecuali udang sampai pecah minyak. Tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai sedikit kering dan tutup api.
  4. Kalau suka berkuah, boleh tambah lebih air.

Selamat mencuba!

Kredit: Natasya Qalisya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending