Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

Published

on

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

Lauk sira kentang pedas atau sambal kering kentang ini memang sedap. Boleh jadi lauk atau ratah begitu saja. Dapat pula kentang yang rangup lagi syok meratah.

Tapi masalahnya bila buat di rumah kerepek kentang yang disira tak pula jadi begitu. Bila dah digaul dengan sambal, kentang jadi lembik tak rangup.

Kalau selalu buat jadi begini mungkin boleh cuba cara dan teknik yang dikongsi oleh Missz Amira.

Cara Buat Sira Kentang Pedas Sedap Dan Rangup

3 bahan utama

  • Kacang tanah – digoreng
  • Ikan bilis – digoreng
  • Kentang hiris nipis – dan goreng

Tip cuci dan goreng kentang

Kentang yang dihiris nipis direndam cuka atau soda bikabornat atau air kapur (guna salah satu) dalam satu hingga dua jam.
Kemudian cuci, buang kanji dan toskan. Selepas itu barulah digoreng, pastikan goreng guna api yang perlahan hingga garing

INFO: Boleh guna salah satu bahan untuk rendam kentang sama ada cuka, soda bikarbonat atau air kapur. Kuantiti tak kisar memang bahan itu akan dicuci selepas direndam.

Ini kentang, kacang dan ikan bilis yang dah siap goreng dicampur. Makan begini pun dah sedap

Bahan untuk sambal pedas manis

  • Cili kering – dikisar halus/cili boh (lebihkan jika nak pedas)
  • Bawang putih – dikisar
  • Bawang merah/bawang besar – dikisar
  • Sos tiram
  • Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup tapi jangan manis sangat)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara membuat

  • Panaskan minyak dan tumis kesemua bawang kisar. Kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.
  • Perasakan dengan sos tiram, gula garam. Sambal jangan terlampau cair ya.
  • Bila sambal dah masak sejukkan dahulu. Kemudian baru masukkan kentang, kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.

  • Seterusnya boleh masukkan dalam bekas bertutup. Kentang akan kekal rangup walaupun dah lama.

Selamat mencuba.

Sumber: Missz Amira.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending