Connect with us

Resepi

Tip Buat Donut Supaya Gebu Dan Tak Serap Minyak

Published

on

Selama berpuluh-puluh tahun buat donat sendiri, mesti serap minyak. Dia punya down toksah cakap. Allah je tahu sedihnya cemane. Dah la suka makan donat, tapi tiap kali buat mesti tak jadi. Murung betul hidup.
Time PKP, nekad nak rajinkan diri prektis buat donat, alhamdulillah dah makin pandai. Dah tak serap minyak dah. Punya suka makan donat sampai terpaksa buat sendiri. Dari tak pandai, sekarang dah makin ok. Alhamdulillah happy tak terkata. Pakej sekali dengan super gebu.

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sb margerin (saya guna planta je)
  • Gaul semua bahan untuk jadikan seperti serbuk roti.

Bahan B:

  • 1/2 cawan air biasa/suam tak kisah +
  • 1/2 peket yis +
  • 1sb gula +
  • 2sb susu pekat
  • Campur semua bahan bagi yis naik atau kembang.

Cara Membuat:

1. Campur sekali bahan A + B, uli sampai tak lekat kat tangan (bahan B masuk sikit-sikit, kalau kurang air boleh tambah air sikit-sikit). Saya uli doh lebih kurang 15-20 minit. Rehatkan doh, tutup dengan kain lembab. Biarkan naik sekali ganda.

2. Tumbuk doh untuk buang angin. Pastu uli lagi dalam 5-10 minit, lepastu dah boleh canai dan terap dengan acuan. Letak tepung sikit masa nak canai supaya tak lekat. Ikutla ketebalan mana nak canai tu terpulang. Saya nak cepat habis, saya buat tebal sikit.

3. Dah siap donat tu, boleh panaskan minyak, pastu goreng. Agak dah kekuningan sebelah bawah, balikkan. Nampak dah elok kekuningan, terus angkat. Jangan balik-balikkan donat masa goreng.

Tips Tak Nak Donut Serap Minyak:

1. Margerin jangan terlalu banyak. Dulu saya buat, kalau 1 sudu besar (sb), saya punya 1 sudu tu ya ampun, melampau-lampau penuh sudu saya letak. Imagine bila kita goreng, margerin cair. Sebab tu donat kita berminyak, make sense kan! So sekarang ni saya agak-agak je 1 sb tu paras-paras je.

2. Then saya akan uli lama sikit nak bagi donat saya lembut.

3. Masa goreng, minyak kena panas, pastu api jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecik.

4. Masuk donat dalam minyak panas, tunggu sampai belah bawah tu agak kuning atau perang. Kalau tak pasti, tolak dan angkat je sikit intai. Kalau dah ok, balikkan terus. Pastu tunggu kuning atau perang, terus angkat. Tak perlu balikkan, pastu balikkan lagi, balikkan lagi.

5. Guna chopstick mudah nak angkat donat bila dah masak.

Ni resepi biasa aje, resepi yang basic je. Kalau gugel pun kebanyakan sama je bahan-bahan dan cara. Tapi bila dah tau kat mana yang silap (macam saya silap kat TERLEBIH MARGERIN), so saya nekad buat lagi dan kurangkan margerin. Alhamdulillah berjaya.

Sumber: Dina Amalia Nordin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending