Connect with us

Tips Dan Petua

Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Published

on

Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering ditanam di rumah. Nikmat kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil.

Daun pudina selain guna dalam masakan, letak dalam teh pun sedap. Jadinya memang berbaloi tanam sepasu dua di rumah. Bila nak guna petik saja.

Ada satu petua yang dikongsi oleh Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah. Jom baca perkongsiannya itu.

Teknik Menanam Daun Pudina

ARTIKEL LAIN : Cara Tanam Pokok Bayam Brazil Dalam Botol Plastik. Cantik Merimbum, Senang Petik & Alihkan!

Cara-Caranya :

1. Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai.

2. Sediakan bekas dan tanah hitam.

3. Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini.

4. Buat dalam beberapa batang.

5. Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia.

6. Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh.

Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air. Simpan di tempat yang redup.

Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bulan.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Ubi Keledek Manis, Potong 3 Terus Tanam Tapi Jangan Kambus!

Sumber: RINA KEFELE Via Rasa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending