Connect with us

Tips Dan Petua

Tanam Pokok Pandan Dalam Baldi Pun Menjadi, Ini Tip Supaya Daun Segar & Subur

Published

on

Tanam Pokok Pandan Dalam Baldi Pun Menjadi, Ini Tip Supaya Daun Segar & Subur

Daun pandan memang banyak kegunaan di dapur jadi elok sangat kalau tanam sepokok dua.

Tak perlu pasu atau polibeg, guna saja baldi lagi senang terutama kalau nak alih. Cara inilah digunakan oleh Ku Nur Huda.

Benihnya cuma dari keratan pokok pandan ada berakar yang dibeli di pasar. Caranya boleh ikut langkah di bawah, mudah saja.

Cara Tanam Pokok Pandan Dalam Baldi

ARTIKEL LAIN : Segarnya Sawi King Kong, Tanam Dalam Bekas Botol Sahaja. Sangkut Pada Tiang, Jimat Ruang!

Pokok pandan hasil semai keratan pokok yang dibeli di pasar. Saya tanam dalam baldi yang ada tanah dan ada air. Caranya;

1. Sediakan benih keratan pokok pandan yang ada akar.

2. Ambil baldi dan masukkan tanam tapi jangan penuh baldi. Separuh pun dah ok. Tak perlu buat lubang pada baldi.

3. Kemudian tuang air hingga paras lebih daripada tanah. Siap! Insya-Allah pokok pandan hidup subur.

4. Cara ini tak perlu siram lagi tapi kena air tukar paling tidak 3 hari sekali untuk elak jentik-jentik.

Tip

Untuk elak air bertakung banyak dalam baldi boleh juga tebuk lubang bahagian atas baldi separas dengan tanah.
Tanam pandan cara ini tak perlu baja tapi akan tetap subur.

  • Bagi mengelak pembiakan jentik-jentik boleh letak seulas atau dua ulas bawang putih dalam baldi.
  • Guna air hujan, pokok pandan lagi cepat besar.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Ku Nur Huda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam. Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’

Published

on

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam. Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’

Ayam goreng memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas. Sama ada buat ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah.

Tapi kalau nak lain sikit dan sedap boleh cuba ayam goreng kari pula. Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya memang lain macam. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam

Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa

Bahan B:

  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung gandum

Cara membuat

1. Kisar kesemua bahan A.

2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.

3. Perap selama sejam.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber : Bella Shabudin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending