Connect with us

Tips Dan Petua

Tahi Cicak Merata Tepi Tingkap Atasi Guna Bahan Ini Mudah Sangat Berkesan

Published

on

Tahi Cicak Merata Tepi Tingkap Atasi Guna Bahan Ini Mudah Sangat Berkesan

Setiap hari terpaksa cuci tahi cicak ini kerana risau anak-anak yang masih kecil mungkin akan masukkan ke dalam mulut mereka ketika bermain. Jadi, terdapat satu perkongsian di laman Facebook tentang cara berkesan nak atasi masalah tahi cicak di rumah guna 3 bahan sahaja.

Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kakina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.

Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau. Jom cuba!

Guna 3 Bahan Ini Atasi Masalah Tahi Cicak

ARTIKEL LAIN : Cara Jimat Hilangkan Bau Najis Kucing Di Rumah Lebih Mudah Dan Berkesan

Bahan

  • 1/3 Cuka makan
  • 1/3 Air
  • 1/3 Cecair pencuci pinggan

Campurkan semua bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut.

6 Lagi Tips / Petua & Cara Halau Cicak

Selain cara di atas ni, boleh juga cuba beberapa lagi cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita, seperti yang disenaraikan di bawah ni:

1.Guna Kulit Telur

Letak beberapa kulit telur dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Boleh hancurkan dan tabur sekeliling tingkap. Cicak tak suka dengan bau kulit telur ni.

2.Guna Bulu Burung

Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

3.Jaga kebersihan rumah

Pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila ada sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat yang menjadi makanan cicak.

4.Letak ubat gegat

Letak dalam kabinet atau laci. Tapi laci/ kabinet berisi makanan tak digalakkan.

5.Guna pelekat perangkap lalat

Boleh beli di Eco.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Sumber: Roslina Hashim / Hani Mynis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending