Connect with us

Resepi

Susah Sangat Dapat Biskut Tiramisu Ini Resepi Biskut Lady Fingers

Published

on

Anda tidak perlu risau kerana biskut lady finger boleh dibuat sendiri dengan mudah di rumah. Tanpa biskut ini, memang sukar untuk menghasilkan tiramisu yang seenak di kedai.

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan penting untuk membuat tiramisu, termasuk biskut lady finger, sering kehabisan stok di kedai.

RESEPI BISKUT LADY FINGER

Bahan-bahan

  • 3 biji telur gred A (asingkan putih dan kuning)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu kecil tepung jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kental dan bertanduk.

2. Masukkan kuning telur satu persatu ke dalam adunan putih telur, pukul sebati. Masukkan esen vanila, pukul lagi.

3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan garam ke dalam adunan telur. Kaup balik secara perlahan-lahan hingga sebati. Jangan overmix.

4. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozel bulat. Paipkan adunan di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak, membentuk jari-jari panjang.

5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140°C atau hingga biskut berwarna kuning keemasan.

6. Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Kredit: Atika Russhel Rich

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending