Connect with us

Tips Dan Petua

Sup Ekor Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Kuah Sedap Tak Terkata!

Published

on

Sup Ekor Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Kuah Sedap Tak Terkata!

Keriangan Hari Raya Haji masih kian terasa sehingga sekarang. Jika berpeluang untuk dapat bahagian ekor lembu, anda boleh buat Sup Ekor yang sangat mudah tapi sedap. Tak ramai yang tahu sebenarnya ekor lembu merupakan salah satu anggota badan dari bahagian lembu yang boleh dijadikan daging makanan tau.

Daging ekor lembu sangat kaya dengan gelatin dan biasanya dimasak secara rebus atau ditumis. Secara tradisional, ekor lembu dimasak secara perlahan untuk menambah kesedapannya. Kini ramai yang menggunakan periuk tekanan untuk memasaknya.

Jom cuba resipi Sup Ekor yang dikongsikan oleh Iqlima Abu Bakar di Facebook ini. Walaupun tak banyak jalan kerja, tapi ia sungguh sedap dan menyelerakan.

RESIPI SUP EKOR

Bahan-bahan:

  • Ekor lembu (dipotong)
  • 1 sup bunjut tulang
  • 1 biji bawang holland (mayang)
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 biji bawang besar (mayang)
  • 2 batang serai (tak letak pun boleh)
  • 1 hingga 2 sudu sos ikan
  • Seinci halia
  • 1 batang saderi
  • 2 biji tomato
  • Cili padi
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Rebus ekor lembu sehingga empuk dagingnya.

2. Tumis pula bawang merah besar, bawang putih, bawang holland, halia, serai dan sup bunjut sehingga naik baunya.

3. Apabila sudah naik bau, masukkan air rebusan tadi bersama isinya, kemudian masukkan sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula.

4. Apabila mendidih, letakkan daun saderi, tomato dan cili padi. Tak perlu tunggu lama sebab ekor dah direbus empuk.

5. Akhir sekali, boleh perahkan jus limau nipis. Siap untuk dihidang!

Rasa kuah Sup Ekor hasil daripada rebusan ekor lembu bersama bahan tertentu, ia menghasilkan aroma dan rasa yang sungguh asli.

Sup Ekor sangat enak dimakan ketika panas dan ia ternyata baik untuk memberi tenaga. Dapat semangkuk, memang tak toleh kiri kanan.

Selamat mencuba!

Sumber: Iqlima Abu Bakar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending