Connect with us

Tips Dan Petua

Sedap Rupanya Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng

Published

on

Sedap Rupanya Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng

Jika anda ingin cara pantas untuk buat ayam perap maka resepi perkongsian Liyaw Ah Seng ini. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak punya banyak waktu untuk sediakan hidangan khususnya buat ibu-ibu yang bekerja.

Jalan pintas buat ayam perap dari zaman sekolah..khusus untuk orang/family yang busy. Dengan hanya perencah nasi goreng anda dah boleh buat ayam bakar yang sedap. Bagaimana caranya ?

Ayuh kita lihat perkongsian oleh Liyaw Ah Seng di bawah.

RESIPI AYAM BAKAR GUNA PERENCAH NASI GORENG

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam
  • Perencah nasi goreng
  • Madu (Tak letak pun takpe)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Cuci bersih ayam dan potong mengikut saiz yang disukai.

2. Perap ayam dengan perencah nasi goreng. Lagi banyak lagi sedap.

3. Jika anda suka boleh tambahkan sedikit madu

4. Nak lagi sedap, perap semalaman sebelum dibakar.

5. Susun ayam atas loyang. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200-250°C.

Mudah kan? Bolehlah anda cuba buat nanti. Boleh perap awal dua atau tiga hari, bila nak makan tinggal bakar je!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Rebus Chilli Oil Ni Memang Sedap, Kecur Air Liur Dibuatnya

Kredit: Liyaw Ah Seng

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Published

on

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.

Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.

Daun Kering Pun Ada Gunanya

Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.

Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

  • 22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

  • 15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.

Sumber: Aisyah Othaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending