Connect with us

Tips Dan Petua

Roti Lebih Jangan Buang Boleh Buat Baja Suburkan Tanaman Di Rumah

Published

on

Roti Lebih Jangan Buang Boleh Buat Baja Suburkan Tanaman Di Rumah

Apa kata, kalian cuba DIY baja roti. Roti kan cepat expired dan rosak. Jadi, bolehlah jadikan baja roti untuk buat tanaman lebih subur dan confirm tak mati macam selalu.

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang tidak tahu bahawa baja roti ini merupakan salah satu inovasi mikroorganisma yang boleh menyuburkan tanaman dengan berhasil!

Saya nak tunjukkan apa yang saya gunakan untuk pokok kunyit, pokok serai dan pokok pandan supaya gemuk sihat dan tahan daripada penyakit.

GUNA ROTI LEBIHAN BUAT BAJA HOMEMADE, TANAMAN LEBIH SUBUR

ARTIKEL LAIN : Ini Caranya Tanam Lada Benggala Beli Di Pasar, Ambil Biji Benih Untuk Tanam Sendiri.

Ini ialah air basuhan beras yang telah diperam semalaman. Selepas tempoh itu, masukkan dua keping roti kosong. Brand apa pun boleh. Carik-carikkan sebelum masukkan ke dalam botol ini. Letakkan di bawah sinki untuk tempoh seminggu. Longgarkn sedikit penutupnya. Jangan ketat sangat.

Selepas seminggu, goncang botol ni. Hasilnya roti akan hancur. Kemudian, boleh terus siramkan pada pokok kunyit, pokok pandan, pokok kari dan pokok serai. Tidak boleh digunakan untuk pokok pokok yang lain. Hanya 4 pokok ini sahaja atau pokok lain yang tahan lasak.

Untuk gunakannya, nisbahnya ialah 1:1 iaitu secawan mol roti + secawan air biasa dan siramkan pada pangkal pokok. Buat seminggu sekali. Bila dah guna mol roti ni, jangan disimpan lebihannya. Guna sampai habis.

Pokok kunyit berusia tiga bulan. Full cahaya. Saya hanya guna mol roti dan tinja kambing.

Baru berusia sebulan setengah. Sudah 6 kali disiram dengan mol roti.Full cahaya.

Ini first time saya tanam pokok pandan. Asalnya daripada anak pokok yang hanya ada 5/6 helai daun. Sekarang dah membiak dengan banyak. Ada dalan sebulan setengah usianya. Full cahaya.

Serai yang baru dua bulan ditanam. Juga guna mol roti.

Wah, menjadi kan? Semua subur-subur dan besar. Boleh cuba ni.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Campuran Belacan Dan Ajinomoto Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Published

on

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.

Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.

Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan

Tip Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok

ARTIKEL LAIN : Petua Lebatkan Buah Durian Dari Petani Thailand Sampai Penuh Dahan!

Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah

Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.

Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.

Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.

Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber: Mior Zailan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending