Connect with us

Resepi

Resipi Sambal Telur Mata Macam Kantin Sekolah Buat

Published

on

Teringat mak cik kantin sekolah rendah dulu yang pandai goreng telur mata. Di luar crispy, di tengahnya lembut. Tak terbalikkan pun. Makan dengan nasi goreng kampung, syahdu wei. Tapi hari ni nak share sambal telur mata. Kalau masak ni, selalu buat dengan kurma ayam.

Bahan-Bahan:

  • Telur – Digoreng buat telur mata
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • Sedikit udang kering halus
  • 3 senduk kecil cili kisar
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit air asam jawa
  • Sebiji bawang holland hiris
  • Sedikit garam dan perasa

Cara Memasak:

1. Goreng dulu telur mata, kalau nak tau masa mak aku buat katering dulu, Telur mata pun mak aku cerewet, telur mata kena nampak sedap dan menyelerakan. Mak aku marah kalau telur mata diremehkan.

2. Blend Bawang merah sederhana 4 biji, bawang putih 6 biji. Sediakan udang kering halus. Rahsia penyedap sambal telur mak aku is udang kering halus. Ini memang killer la kalau takde mak aku suruh pergi beli dulu.

3. Tumis bebawang dengan minyak goreng telur tu, masukkan 2 sudu udang kering halus. Bawang dah wangi masukkan 3 senduk kecil cili kisar.

4. Tumis sampai pecah minyak. Aku punya sambal memang at least 45 minit baru siap. Masukkan 1 sudu besar gula. Kalau suka sambal yang sedikit manis, kalau tak suka tak payah letak.

5. Bila sambal dah garing, masukkan air asam jawa. Kalau pakai asam jawa paste tu dalam setengah sudu besar. Masukkan bawang holland hiris.

6. Masukkan garam dan perasa, masukkan telur yang telah kita goreng. Ratakan sambal sekejap then tutup api. Aku suka kalau telur tu masih crunchy. Siap. Serious menambah. Tuang pulak kicap manis.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending