Connect with us

Resepi

Resipi Pulut Lepa atau Pulut Panggang Terengganu

Published

on

Pulut Lepa adalah sangat memang unik berbanding negeri lain kerana berintikan sambal ikan. Kombinasi rasa yang lemak dan berempah, dengan tekstur pulut yang lembut dan isi yang sedap.

Bahan Inti Pulut Lepa:

  • Ikan selayang 10 ekor (direbus bersama garam dan 3 keping asam keping dan diambil isi dan lepas itu ditumbuk halus). Ketepikan.
  • Bwg merah 6 biji (dimayang halus)
  • Halia 1 inci (dihiris halus)
  • Halba 1 sb
  • Santan 1 kotak kecil (200ml)
  • Garam
  • Gula melaka atau gula putih
  • Perasa

Cara Membuatnya:

Masukkan isi ikan yang ditumbuk ke dalam kuali, kemudian masukkan santan, gaul dengan isi ikan. Masukkan pula bawang, kacau supaya isi ikan sebati dengan bawang. Bila hampir kering, masukkan halba. Kemudian masukkan garam dan gula, perasa dan masak hingga isi ikan jadi hampir kering atau lembap. Siap dan ketepikan.

Bahan Untuk Pulut:

  • Beras pulut 4 cwn (dibersihkan dan direndam selama 4 ke 5 jam)
  • Kelapa parut 1 biji (diperah santannya dan dicampurkan dengan garam dan sedikit gula. Biar rasa masin pada santan tu)
  • Daun pandan 2 helai (dimasukkan dalam pulut bila dikukus)

Cara Membuatnya:

Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukus dalam masa 25 minit. Keluarkan, arong dengan santan dan kukus kali kedua dalam 15 ke 20 minit. Ketepikan.

Cara Membuat Pulut Panggang:

1. Gunakan daun pisang untuk membalut pulut. Daun pisang dibersihkan dan dilayurkan atas api terlebih dahulu supaya lembut. Kemudian boleh dipotong mengikut saiz pulut yang nak dibuat (elok 2 lapis daun pisang untuk balut supaya tidak terbakar).

2. Daun pisang dilayur atas api dan disapu minyak (belah dalam) supaya pulut tak melekat. Tangan kita pun selalu dibasahkan dengan air supaya pulut tak melekat dan senang dibentuk. Bungkus memanjang dan dicucuk dengan lidi (seperti dalam gambar). Sapukan minyak masak pada belah luarnya, kemudian boleh mula membakar. Selamat mencuba.

Sumber: Muliadi Ramli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Rendang Daging Pedas Style Perak

Published

on

Hari ni saya buat rendang style orang lama dari negeri Perak. Bila makan rendang ni, nostalgia masa zaman kecil sekitar tahun 90an-awal 2000 tu datang tiba-tiba. Rasa dia, ada iras-iras rendang yang pernah saya makan di rumah arwah opah dan saudara-mara abah di kampung Jeliang, Manong, Perak.

Tqvm kak @dapurkakzu atas perkongsian resepi rendang yang sedap ni. Saya gantikan penggunaan ayam dengan daging. Rendang ni versi tak tumis dan bahan-bahannya hanya perlu dihiris nipis dan halus. Kalau mengikut selera saya, seriously, serdak-serdak dia yang kasar tu lagi sedap dari versi bahan-bahan yang perlu dikisar.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging
  • 15-20 biji bawang kecil*
  • 6-8 batang serai*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 20-30 tangkai cili kering**
  • 2 inci kunyit**
  • 1 cawan kelapa parut (tumbuk halus)
  • 2 keping asam gelugur
  • 1L santan pekat/1kg santan segar
  • 1/2 biji gula melaka (saiz besar)
  • Garam secukupnya
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan dan potong daging kepada ketulan bersaiz lebih kurang 1 inci. Hiris nipis dan halus bahan-bahan yang bertanda (*) serta kisar bahan-bahan yang bertanda (**).

2. Masukkan kesemua bahan kecuali gula melaka, garam dan hirisan daun kunyit ke dalam periuk. Renehkan rendang sehingga keluar minyak dan hampir kering.

3. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam. Kacau sesekali supaya rendang tidak hangit. Taburkan dengan hirisan daun kunyit dan teruskan reneh sehingga rendang kering. Siap untuk dihidangkan.

Nota:

  • Dalam resipi ini, saya menggunakan Hawaiian coconut flakes bagi menggantikan kelapa parut.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Continue Reading
Advertisement

Trending