Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Mudah Sotong Sumbat Telur, Sangat Lazat & Menyelerakan

Published

on

Cara Buat Sotong Sumbat Telur, Sangat Lazat & Menyelerakan

Tiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Apa kata jom cuba resipi sotong sumbat masak telur yang sangat lazat dan menyelerakan ini.

Makan satu ekor confirm tak cukup sedap sedap sangat! Bolehlah cuba buat untuk seisi keluarga nanti.

Cara membuatnya juga sangat mudah, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Mira Khan di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Sotong Sumbat Telur

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sotong Tak Liat Dan Kecut Bila Masak Baru Sedap

Bahan-bahan:

  • 6 ekor Sotong saiz medium
  • 1 bawang merah saiz medium – potong dadu kecil
  • *4 telur gred A
  • *3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) – potong kecil
  • *Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) – cincang halus
  • *Carrot (suka hati nak letak banyak mana) – cincang halus
  • Maggi cukup rasa
  • Pencungkil gigi/lidi

Cara-cara:

Masukkan semua yang bertanda (*) dan kacau sebati. Kemudian, panaskan minyak sikit dan goreng bawang merah sampai garing sikit.

Masukkan adunan telur tadi dan masak seperti telur hancur. Kemudian masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.

Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.

Ambil kepala sotong dan letak kat tempat asal dia. Kemudian cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong supaya telur tak terkeluar.

Boleh bakar atas arang, boleh masak atas kuali ataupun guna air fryer.

Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.

Resipi Sos Thai Serbaguna:

Bahan-bahan:

  • Sos thai yang ada gambar makcik tu
  • Bawang putih – cincang halus
  • Cili padi merah – potong kecil
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan
  • Gula
  • Air limau nipis

Cara-cara:

Campur semua bahan di atas. Siap! (sukatan agak-agak)

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Kredit: Mira Khan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending