Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

Published

on

Resipi Kek Batik Horlick, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

Biasa selalu makan kek batik perisa coklat je kan? Rupanya ada banyak lagi perisa kek batik menarik yang boleh anda cuba buat di rumah nanti. Salah satunya adalah Kek Batik Horlick.

Mungkin ramai yang belum makan perisa kek batik horlick ni kan? Anda wajib cuba sebab rasanya serius sedap dan tak muak! Kalau buat ni, seisi keluarga pasti suka.

Kalau ada yang nak cuba, lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Darlinelly.

Resipi Kek Batik Horlick

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi. Sedap Pekena Musim Panas

Bahan-bahan:

  • Butter (Salted)
  • Susu Pekat
  • esen vanila
  • Horlicks Original
  • Susu Full Cream
  • Biskut Marie
  • Cream Cheese
  • Whipping Cream

Cara Penyediaan

1. First, cairkan 250g butter terlebih dahulu dengan api yang sangat perlahan.

2. Lepastu tambahkan 1/2 susu pekat, dan kacau sebati dan tambahkan 1 sudu kecil esen vanila.

3. Kemudian masukkan 2 cawan horlicks original dan 1 cawan susu full cream.

4. Lepas tu kacau sebati, dan boleh tambahkan 400gm biskut marie.

5. Susun dalam tray secara mampat lepastu ketepikan.

-Krim Atas Kek-

6. blendkan 200g cream cheese, 1/4 susu pekat dan 1/2 cawan whipping cream , lepastu tuang atas kek batik tadi.

7.Akhir sekali, masukkan ke dalam peti untuk disejukkan semalaman.

Selamat Mencuba

Sumber: Darlinelly via resepi campak2

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Published

on

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.

Resipi Acar Tumis Ikan

Bahan-bahan

  • 1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Timun -dipotongBawang besar -dimayang
  • Cili padi
  • Halia
  • Cuka
  • Garam
  • Guna
  • Serbuk perasa

1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.

2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.

Sumber : Adawiyah Abdul Rahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending