Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Ayam Perap Mayo Jilat Jari, Boleh Pilih Nak Goreng Atau Bakar

Published

on

Resipi Ayam Perap Mayo Jilat Jari, Boleh Pilih Nak Goreng Atau Bakar

Kalau ibu-ibu sudah jemu asyik masak menu yang sama atau sudah kering idea nak masak masakan apa dengan menggunakan ayam, boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo ini.

Rasanya sangat sedap kerana telah diperap dengan mayonis yang berlemak, sesuai untuk digoreng atau dibakar. Bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit.

Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Ezani Hana Syafniza untuk rujukan anda semua. Boleh dibuat untuk makan tengahari nanti untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Perap Mayo

Bahan-bahan:

  • Ayam ikut suka berapa banyak
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Mayonis
  • Sos Tiram
  • Kicap (saya pakai kicap manis)
  • Honey
  • Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih dan halia.

2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Boleh ubah kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Jika mahu rasa manis atau lebih berlemak, lebihkan madu dan mayonis.

3. Perap selama 5 jam ke atas.

4. Sedia untuk digoreng atau dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber : Ezani Hana Syafniza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!

Published

on

Cara Buat Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!

Tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari anak-anak? Apa jom ibu-ibu cuba masak sup telur yang sedap dan mudah untuk disediakan ini.

Anak-anak pun dijamin suka sampai makan bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan?

Jom baca cara memasak sup telur ini di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Puan Nora Azni. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Sup Telur Paling Sedap

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 7 biji fishball (belah dua)
  • Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
  • 3 ulas bawang putih(dicincang)
  • Kiub pati ayam(guna separuh je)
  • Lada sulah
  • Garam
  • 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan carrot.
  3. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
  4. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar sekejap sampai telur masak, jangan kacau)
  5. Bila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba!

Kredit: Nora Azni

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending