Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Agar-Agar Milo Susu Ni Memang Sangat Sedap, Anak Pun Ulang Makan

Published

on

Resipi Agar-Agar Milo Susu Ni Memang Sangat Sedap, Anak Pun Ulang Makan

Penuh rasa milo. Makan sejuk-sejuk waktu petang macam ni memang sedap.

Agar-Agar Milo Susu perkongsian saudari Ina Anizaina nampak ringkas je tapi sangat sedap. Menurut empunya resipi, menu ini adalah kegemaran anak-anaknya. Malah resipinya juga sangat ringkas. Sesuai dijadikan manisan diwaktu senggang. Anak-anak pasti ulang makan.

Jom semak resipi dan buat untuk si kecil anda hari ini.

RESIPI AGAR AGAR MILO SUSU SEDAP & MUDAH KEGEMARAN ANAK-ANAK

ARTIKEL LAIN : Tip Supaya Permukaan Kuih Talam Cantik, Ikut Cara Ini Confirm Jadi

BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket agar-agar tali (25gm)
  • 4 cawan besar air (rujuk saiz cawan dalam gambar)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan air panas (untuk larutkan Milo)
  • Secubit garam halus

CARA MEMASAK:

1.Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.

3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.

4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.

5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.

INFO:

  • Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.
  • Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.
  • Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Dadih Lemak Berkrim, Cair Di Mulut. Puas Makan Dadih Buat Sendiri.

Sumber : Ina Anizaina

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Published

on

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.

Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.

Daun Kering Pun Ada Gunanya

Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.

Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

  • 22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

  • 15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.

Sumber: Aisyah Othaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending