Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Tauhu Berlauk Paling Mudah & Sedap Sangat. Memang Puas Makan Sekeluarga Patutlah Viral!

Published

on

Resepi Tauhu Berlauk Paling Mudah & Sedap Sangat. Memang Puas Makan Sekeluarga Patutlah Viral!

“Ramai pulak yang share resepi tauhu berlauk ni. Sedap sangat ke?” Sebelum ni viral dengan resepi tauhu begedil, sekarang ni resepi tauhu berlauk pula yang asyik lalu-lalang dekat wall.

Sana-sini orang share, nampak gambarnya pun macam sedap! Tak sangka rupanya nak buat pun simple je tau. Rugilah kalau tak cuba.

Jadi jom kita tengok resepi tauhu berlauk yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Azirah Saroji melalui Facebook di bawah ini.

Resepi Tauhu Berlauk Paling Mudah & Sedap Sangat. Patutlah Viral!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cucur Kucai Yang Rangup & Sedap, Guna Cara Ini Untuk Bancuh Tepung

Bahan-bahan

  • 2 ketul isi ayam (kalau suka daging boleh bubuh daging)
  • 3 keping tauhu (jenis petak biasa)
  • 4 ketul tauhu telur (yang berbungkus dalam gambar tu)
  • 3 biji telur
  • Bawang holland
  • Carrot
  • Daun sup

Cara-cara

Berikut adalah cara membuat tauhu berlauk step-by-step.

1. Kisar Tauhu & Ayam

Mula-mula kita kisarkan tauhu petak tu, isi ayam, tauhu telur dan telur.

Kisarkan sampai sebati menggunakan blender sampai semua bahan tu hancur dan halus ya.

2. Gaulkan Bahan

Kemudian bahan kisar tadi kita masukkan ke dalam bekas.

Campurkan sekali dengan carrot, bawang Holland dan daun sup yang telah dicincang halus.

3. Masukkan Garam, Lada Hitam & Perasa

Bila dah sebati adunan tadi, masukkan garam, perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.

Kalau ada lada sulah, boleh bubuh sekali bagi sedap lagi, tapi saya tak ada. Jadi saya guna apa yang ada dekat rumah saja.

Gaul sebati, beginilah hasilnya.

4. Kukus

Kemudian masukkan dalam acuan untuk dikukus. Saya guna acuan lompang ke apa namanye ni.

Lepas tu kukus dalam 15 minit je. Agak-agak isinya dah terkeluar dari acuan tu, rasanya dah masaklah tu.

Taraaaa… Ni yang dah siap kukus.

5. Goreng

Akhir sekali, pecahkan telur, ambil tauhu yang dah siap kukus tadi, celup dalam telur dan goreng sampai kekuningan.

resepi tauhu berlauk

Siap!

OK dah siap pun… Makan macam tu je pun dah syok tau.

Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal kicap.

Untuk buat sambal kicap tu senang je. Caranya blend kicap, gula, bawang putih dan lada ikut rasa nak pedas mane. Lepas tu bolehlah buat cicah. Lagi pedas lagi power!

Selamat mencuba semua.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sosej Homemade Tanpa Lemak, Pengawet & Perasa Tambahan. Boleh Letak Sayur Juga

Sumber : Azirah Saroji

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending