Connect with us

Resepi

Resepi Set Lengkap Nasi Daging Yang Sedap Sekali Rasa Pasti Nak Tambah

Published

on

Nasi Daging dipercayai berasal dari Kedah dan popular di sekitar utara tanah air. Oleh itu, ia agak sukar untuk didapati selain di Kedah kerana tidak ramai yang menjualnya.

Pasti ramai yang belum pernah cuba resepi nasi daging utara kan? Sekali kali cuba pasti akan jatuh cinta dan nak repeat banyak kali!

Kelazatan menu ini juga terletak pada air asam dan cara penyediaannya. Oleh itu, jika ada yang nak belajar cara betul memasak nasi daging, boleh ikuti resipi lengkap di bawah.

Air Rebusan Daging & Sup

Bahan-bahan A:

  • 2 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 sdb lada hitam*
  • 1 kg daging lembu
  • 1 sup bunjut
  • 2 sdb rempah sup
  • 4L air

Bahan-bahan B:

  • Garam secukupnya
  • Hirisan daun bawang & bawang goreng

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Masukkan bahan kisar dan bahan (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.

2. Tapiskan air rebusan. Asingkan daging dan air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.

3. Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.

4. Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.

5. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Nota: Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.

Resepi Nasi Daging

Bahan-bahan:

  • 4 sdb mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 sdb rempah sup
  • 1 biji tomato (cincang kasar)
  • 4 cawan beras
  • Daging rebus yang telah dipotong
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam
  • 2 pokok daun ketumbar
  • Segenggam kismis
  • Segenggam bawang goreng

Cara-cara:

1. Cairkan mentega di dalam periuk.

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar dan hirisan bawang putih. Tumis seketika.

3. Masukkan pula rempah sup & tomato. Gaul rata.

4. Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.

5. Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).

6. Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.

Nota:

  • Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis
  • Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma
  • Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa

Resepi Air Asam Kerisik

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang besar*
  • 30 biji cili padi*
  • 3 biji tomato*
  • 3 sdb asam jawa
  • 1 cawan air
  • 1 sdb belacan
  • 2 sdb kerisik
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sdb gula pasi
  • 1 sdb budu/ sos ikan

Cara-cara:

1. Hiris bahan² yang bertanda *.

2. Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.

3. Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.

Nota: Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.

Sumber: Noor Ashikin Serah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Macam Makan Dekat Restoran Resepi Ayam Masak Halia Cara Mudah Tapi Sedap

Published

on

Cara nak memasak pun sangat mudah. Sesuai untuk anda yang tak mahir memasak. Hidangan ini boleh disajikan dengan nasi putih panas, sedap sangat. Mari buat resepi ayam masak halia ala-ala masakan Cina. Mudah saja nak buat macam restoran punya. Campak-campak siap!

Jangan lupa hidangkan sekali dengan telur dadar, memang bertambah nikmat nak menjamu selera.

Resepi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Encik Wan LuQman. Ramai yang menyukai resepi ini dan tidak lagi memilih untuk membeli makanan di luar. Lebih baik masak sendiri di rumah.

RESEPI AYAM MASAK HALIA SIMPLE

Bahan-bahan hiris:

  • Halia
  • Lada merah
  • Cili merah (dihiris halus)
  • Bawang putih (diketuk hancur)
  • Capsicum (optional)
  • Isi Ayam

Bahan-bahan lain:

  • 1½ sos tiram
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 1sk nampla
  • 1sb gula1sk kicap seasoning (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan potongan ayam dengan tepung jagung. Pastikan tepung menutupi ayam secara rata. Gaul secara kering, elakkan daripada menggunakan bahan basah.

2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng, pastikan minyak mencukupi dan panas. Masukkan potongan ayam satu persatu ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kecoklatan dan garing.

3. Setelah ayam masak, letakkan di atas pinggan dan ketepikan.

4. Seterusnya, sediakan sos masak halia. Tumis semua bahan yang telah dihiris sehingga harum. Masukkan seulas sendok air ke dalam tumisan.

5. Tambahkan air bancuhan tepung jagung ke dalam tumisan untuk memperoleh konsistensi kuah yang diinginkan. Biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Ini akan menambah citarasa dan kelezatan hidangan.

6. Setelah kuah siap, curahkan sos tersebut di atas ayam yang telah digoreng tadi. Taburkan potongan daun bawang dan daun ketumbar sebagai hiasan.

7. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Wan LuQman

 

Continue Reading
Advertisement

Trending