Connect with us

Resepi

Resepi Sambal Paru Memang Sedap Dengan Nasi Panas

Published

on

Punyalah teringin nak makan sambal paru dengan nasi panas. Ada pulak mangga muda hiris, cadang nak buat kerabu pucuk paku. Cukup menu kita. Masak ni memang kena sabar sikit. Takpelah Syalfa, harung jela. Meh aku share resepi cara aku.

Bahan-Bahan:

  • 800g Paru
  • 1 batang serai
  • seinci halia
  • 3 senduk kecil cili kisar (dalam 6 sudu besar)
  • sedikit gula melaka pure
  • sejemput asam jawa
  • garam dan perasa
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang merah sederhana besar
  • 1/2 biji bawang holland
  • 6 ulas bawang putih

Cara Memasak:

1. Dah basuh paru, rebus paru sampai lembut, aku rebus dalam 1 jam. Dah rebus kita hiris, salutkan dengan kunyit dan garam, kita goreng sampai permukaan tu garing sedikit. Nampak rupa goreng. Letak tepi.

2. Aku masak ni dalam 800g paru. Bawang merah sederhana besar 2 biji, setengah biji bawang holland, 6 ulas bawang putih. Blend semua ni. Titik 1 batang serai, seinci halia, letak tepi.

3. Ambil minyak goreng, buh dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan sekali serai dan halia. Pastikan tumis bawang sampai naik bau brown-brown colour dia. Jangan bawangnya berair.

4. Masukkan cili kisar 3 senduk kecil, dalam 6 sudu besar. Tumis sampai pecah minyak, masuk air sedikit demi sedikit, tumis lagi sampai merah gelap. Masa ni aku ada masuk sedikit gula melaka pure.

5. Masukkan hirisan bawang holland. Aku reneh sambal ni adalah dalam 40 minit. Ambil sejemput asam jawa, masuk air, ramas dan masukkan dalam sambal. Perasakan dengan garam dan perasa.

6. Sambal dah elok masak, masukkan paru. Renehkan paru bersama sambal dalam 10 minit. Tutup api. Selamat mencuba.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending