Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Mudah, Gerenti Jadi & Sedap. Cara Buat Kek Lobak Merah Guna Sukatan Cawan & Sudu

Published

on

Resepi Mudah, Gerenti Jadi & Sedap. Cara Buat Kek Lobak Merah Guna Sukatan Cawan & Sudu

Selain kek velvet antara yang menjadi perhatian dan kesukaan ramai adalah kek lobak merah cheese. Rasanya yang lemak-lemak dan ada sedikit rasa masam ditambah pula dengan topping cheese menambahkan lagi rasa sedapnya.

Bagi mereka yang meminatinya boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Surina Abadi ini. Penyediaanya yang mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga senang disediakan.

Menggunkan sukatan cawan, InsyaAllah pasti menjadi dan sedap. Boleh la menikmatinya dengan puas. Mari ikuti perkongsian resepi kek lobak merah cheese di bawah ini.

RESEPI CARROT CAKE / KEK LOBAK MERAH CHEESE

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung, Macam-Macam Jenis Boleh Dapat Dengan Gunakan Sukatan Sama

BAHAN A:

  • 4 biji telur
  • 1 cawan brown sugar / gula perang
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 cawan minyak

BAHAN B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

BAHAN C:

  • Kacang walnut – bakar sekejap dan tumbuk kasar
  • 2 cawan parutan lobak merah
  • Kacang gajus bakar secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • 250gm krim keju
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 buku mentega @ buttercup
  • 2 sudu makan gula icing

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Untuk bahan A, satukan telur, gula perang dan ovalette. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Pukul lagi hingga sebati.

2. Ayak dulu Bahan B. Kemudian campurkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul seketika.

3. Masukkan walnut, lobak merah dan kacang gajus. Gaul hingga sebati dan tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega.

4. Bakar kek pada suhu 160C selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak menggunakan api atas bawah.

5. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias dengan krim keju.

6. Untuk menyediakan krim hiasan, satukan semua bahan dan pukul hingga kembang. Hias pada kek setelah kek sejuk sepenuhnya.

Selamat Mencuba!

Sumber : Surina Abadi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending