Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kuih Lepat Boko Ubi Best Citarasa Orang Kampung

Published

on

Resepi Kuih Lepat Boko Ubi Best Citarasa Orang Kampung

Hari ni boleh kita belajar buat resepi kuih lepat boko ubi yang merupakan kuih tradisi, kuih orang kampung tapi rasa dia sangat best dan sedap dinikmati.

Tips penting juga ialah, gunakan santan segar untuk membuat lapisan putih. Santan segar lebih terasa lemak dan bila dimasak sedikit lama, ianya akan mengeluarkan minyak kelapa. Kalau anda gunakan santan kotak, ianya tidak akan sama kesedapan rasa. Betul

Terima kasih kepada Puan Qaisara Qistina di atas perkongsian resepi kuih lepat boko ubi sedap ini. Jom kita mencubanya.

Cara Kuih Lepat Boko Ubi

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Abuk Abuk Sagu, Mudah Rupanya. Kuih Nostalgia Yang Sedap

Walaupun nampak sama dengan kuih tepung bungkus, tapi ianya berbeza dan boleh dikatakan dalam spesis sama sebeb menggunakan kaedah lipatan , duan pisang dan dikukus dalam cara yang sama.

Hari ni boleh kita belajar buat recept kuih lepat boko ubi yang merupakan kuih tradisi, kuih orang kampung tapi rasa dia sangat best dan sedan dinikmati.

(Klik SINI beli ubi kayu)

Bahan Resepi Kuih Lepat Boko Ubi Mudah :

Bahagian bawah :

  • 2 cawan parutan ubi kayu
  • 2 cawan gula merah/gula Melaka
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan gula putih

Bahagian lapisan putih :

  • 200 ml santan segar
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Buat Resepi Kuih Lepat Boko Ubi :

1: Untuk lapisan bawah, gunakan parutan ubi kayu. Basuh bersih ubi dan parut sehingga dapat 2 cawan atau sekitar 200-200 gram. Didihkan air, baru masukkan gula hingga hancur dan barulah masukkan parutan ubi kayu bersama dengan gula merah atau gula melaka. Masak hingga semua sebati dan ubi sudah 3/4 masak.

Untuk lapisan putih pula, campur kesemua bahan dalam periuk dan kacau dulu hingga sebati untuk elak berketul.Barulah anda buka api kecil dan kacau hingga agak likat, baru tutup api.

2: Untuk membungkusnya, lebih sedap guna daun pisang hutan berbanding daun pisang biasa. Aroma bau daun pisang hutan lebih terasa dan daun lebih lembut senang dibentuk. Inilah kelebihan daun pisang hutan.

Hari ni boleh kita belajar buat recept kuih lepat boko ubi yang merupakan kuih tradisi, kuih orang kampung tapi rasa dia sangat best dan sedan dinikmati.

Potong dalam saiz sesuai dan dan lap dengan tisu yang telah dicelup dengan minyak masak Barulah masukkan 1 1/2 sudu makan adunan ubi dan 1/2-1 sudu makan lapisan putih.

Lipat cantik di sebelah hujung kiri dan kanan dan susun dalam bekas pengukus. Didihkan dulu air dalam pengukus sebelum anda kukus 20 minit kuih lepat boko ubi

Dah siap untuk dinikmati bila masak.

ARTIKEL LAIN : Resepi Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman, Tepung Bungkus Yang Lemak & Lembut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending