Connect with us

Resepi

Resepi Kuih Lapis Lembut Bersama Tips Yang Betul

Published

on

Pagi ni nak kongsikan resepi step by step buat kuih lapis bersama beberapa tipsnya. Nak membuatnya pun kena sabar. Lapis satu persatu kemudian kena dibiarkan sejuk. Hasilnya memang puas hati, lembut dan sedap.

Lz kongsikan resepi step by step buat kuih lapis bersama beberapa tipsnya. Kongsikan supaya sama-sama kita dapat manfaatkan kuih tradisional orang lama ini.

Bahan-Bahan (guna loyang bulat 7 inci):

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1sb tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 6 cawan santan

Blend semua bahan di atas.

  • 1sb pewarna sirap ros
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Ok mula-mula blend semua bahan kecuali sirap dan garam. Tapiskan. Bahagikan kepada 2 bahagian sama sukatan guna senduk yang sama. Yang putih campurkan secubit garam supaya lebih lemak. Yang satu bahagian lagi letakkan 1 sb sirap ros tadi.

2. Mula panaskan pengukus. Kemudian, mula sendukkan adunan pertama yang warna putih. Lz ambil 2 senduk. Kukus selama 5 minit. Selepas 5 minit, carikkan dengan garfu permukaan kuih. Supaya ia melekat antara lapisan nanti.

3. Kemudian tuangkan pula adunan yang warna merah. Lz ambil 2 senduk juga. Kukus semula 5 minit. Ulang step tadi. Carik garfu, habiskan melapis sehingga siap. Kukusan akhir, kukus selama 20 minit hingga masak.

4. Bila dah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk bawah tudung saji semalaman. Sisipkan dahulu keliling kuih dengan pisau plastik yang sudah disapu sedikit minyak. Kemudian telangkupkan atas pinggan.

Tips:

1. Sukatan tepung dalam cawan tidak terlalu padat atau terlalu penuh. Nanti kuih keras.

2. Loyang sapu dengan minyak atau lapik plastik sekelilingnya sapu minyak. Nak mudah keluarkan kuih ni dari loyang selepas ia sejuk.

3. Carikkan dengan garfu permukaan kuih. Supaya ia melekat antara lapisan nanti. Buat ini setiap kali kita melapis.

4. Kukusan akhir, balut penutup kukus dengan kain. Supaya air kukus tak menitik atas kuih kita. Permukaan kuih jadi licin, cantik.

5. Jangan lupa ye sapu dengan minyak pada pisau plastik kita barulah potongan licin dan cantik.

Sumber: Mizah Ngatiman

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending