Connect with us

Resepi

Resepi Kuah Colek Buah Tanpa Belacan

Published

on

Jom tengok resepi kuah colek buah atau kuah rojak bersama dengan tips. Boleh buat sendiri. Colek buah ni takde belacan tau. Resepi ni akan dapat satu periuk, boleh kongsi dengan jiran dan adik beradik.

Bahan-Bahan:

  • 1 liter air
  • 500 gram gula putih
  • 40 gram udang kering Thailand dibakar/disangai
  • 5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
  • 1 keping besar nisse Kelantan (gula melaka)
  • 150 gram bawang putih cincang dan digoreng
  • 40 gram serbuk lada kering halus
  • 250 gram kacang tanah goreng kisar halus
  • 250 gram kacang tanah goreng kisar separa kasar
  • 200 gram serbuk asam boi putih
  • 30 gram asam jawa
  • 10 sudu makan kicap pekat Jalen
  • 2 sudu teh garam halus (pink kristal Halalgel)

Cara Membuat:

1. Cara buat dia senang je tapi kena ikut satu persatu. Persiapkan bahan. Sangai atau bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih, sangai kacang tanah dan bahagi dua (1 kisar halus 1 kisar separa kasar). Sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.

2. Mula-mula didihkan 1 liter air, dah mendidih masukkan gula putih dan sekeping besar nisse. Dah larut semua, kecilkan api. Dalam pengisar, masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.

3. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati. Tambah masuk kicap pekat dan masak lama sikit sekitar 20 minit lepas masuk kicap pada api sederhana kecil dan kacau sesekali. Bagi semua bersatu rasa.

4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan 1 bahagian kacang kisaran separa kasar tu. Bagi rangup. Hasil colek buah ni akan dapat pedas minima. Pedas sedap nama dia. Colek ni akan pekat dengan bahan dan TAK GUNA SEBARANG TEPUNG ya.

Nota:

  • Letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam peti.
  • Ben cadangkan buat 1/3 dari sukatan dia atas kalau untuk setakat makan ahli keluarga .
  • Ben buat semalam,boleh kongsi bagi kat 6 jiran, 3 orang kawan Mem dan simpan satu bekas sederhana besar lagi untuk Ben. Best kan.

Selamat mencuba. Yang ni dah cukup sodap sangat dah. Gunakan pelbagai buah-buah lepas tu gaul dengan colek buah ni, aduhai sodapp sangat.

Sumber: Ben Safwan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending