Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kari Ikan Jenahak Bau Semerbak Anda Kena Cuba!

Published

on

Resepi Kari Ikan Jenahak Bau Semerbak Anda Kena Cuba!

Siapa sahaja yang tidak minat hidangan kari ikan panas-panas bukan? Tambah pula kalau dapat kari ikan yang pekat dan menggunakan ikan yang segar, memang licin pinggan nasi dibuatnya!

Tetapi, tidak semua dalam kalangan kita yang ‘menjadi’ setiap kali masak kari. Ada yang terlampau pekat dan ada pula yang terlampau cair serta tidak cukup rasa.

Oleh itu, perkongsian resepi kari ikan ini mendapat lebih 26k shares di laman Facebook dimana anda pun boleh cuba masak di rumah. Tengok dari segi warna kuah tersebut memang boleh membangkitkan selera!

Resepi Kari Ikan Jenahak Bau Semerbak

ARTIKEL LAIN : Teknik Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup Dan Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • -Ikan Jenahak
  • -Bawang putih 7 ulas
  • -Bawang kecil merah 6 biji
  • -Halia besar ibu jari
  • -Santan
  • -Satu sudu halba campur
  • -2 biji tomato, bendi dan cili hijau
  • -Daun kari
  • -Rempah kari ikan Babas dan serbuk cili
  • -Satu sudu asam jawa

CARA-CARA:

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia

2. Masukkan halba campur satu sudu makan

3.Kemudian, masukkan 2 biji tomato

4. Gaul dalam 2 minit kemudian masukkan daun kari

5. Bancuhkan rempah kari ikan Babas

6.Letak air sikit supaya tidak berketul. Kemudian tuang bancuhan rempah dalam tumisan.

7.Dah pecah minyak serbuk kari tadi, masukkan 1 sudu makan serbuk cili Babas.

8. Selepas itu, masukkan 3 cawan air.

9.Bila dah menggelegak, masukkan ikan jenahak yang dah dibasuh bersih.

10. Kemudian, masukkan asam jawa 1 sudu makan.

11. Dah gaul rata, masukkan bendi.

12.Masak selama 10 minit dan masukkan santan.

13.Masak sehingga bendi dan ikan masak, selepas itu masukkan cili besar hijau.

14. Akhir sekali, masukkan garam 1 sudu.

15. Dah siap! Memang terliur nampak tu.

*Sedapnya makan dengan nasi panas-panas!

Selamat mencuba!

Sumber : Ameera

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending