Connect with us

Resepi

Resepi Cucur Jagung Utara Rangup Dan Sedap

Published

on

Asalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kakak nak share resepi dekat semua, cucur (cuccoq) ini antara kegemaran bonda kakak Ku Asma Ku Hedar. Ramai yang dok tanya kakak apa resepi dia rangup, sedap, dan tak makan minyak.

Ralit makan sedaq-sedaq dah dekat setalam habis sorang. Ada juga owner-owner restoran minta, kakak halalkan resepi kakak ni untuk semua ya walau nak berniaga. So, kakak harap lepas ni ambil la resepi kot fb kakak ni yer.

Bahan-Bahan (untuk hidangan 4 – 5 orang makan):

  • 1 – 1 1/2 Jantung jagung fresh dihiris isinya
  • 3 cawan tepung gandum
  • Udang kecil dibuang kulit (udang besar pun boleh)
  • Daun kucai sikit (boleh juga daun bawang/daun sup) – dipotong-potong 1 inci
  • Bawang besar 1/2 labu dimayang nipis-nipis
  • Cili kering dipotong-potong buang biji (boleh guna cili besar)
  • Kunyit serbuk 1/2 sudu kecil
  • Margerin/butter 1 sudu besar (kakak guna buttercup)
  • Sedikit garam dan serbuk Cukup Rasa
  • Air kapur makan (bancuh kapur anggaran satu sudu kecil dengan air anggaran 400ml – agak-agak saja, biar air kapur tu jadi nin. Orang kedah kata nin tu maknanya jadi jernih).

Cara Membuat:

1. Sebelum kakak sediakan semua di atas, kakak akan bancuh dulu air kapur ni sebab kakak tak mau nak tunggu lama-lama. Kalau kita terus letak kapur dalam adunan tu nanti takot masa goreng cucoq tu akan meletup-letup tau. Jangan letak banyak sangat kapur tu nanti akan rasa pedaq (pahit), tu tak sedap cucoq nanti.

2. Hampa jangan sesekali dok pandai-pandai boh soda bikarbonat na, satni cucoq hampa makan minyak (berminyak! – geli tekak nak makan cucoq berminyak ni). Hampa bancuh semua bahan-bahan di atas, kepekatan bancuhan tu agak-agak jangan pekat sangat kot nanti keras. Jangan cair pulak nanti terbarai cucuoq hampa masa goreng.

3. Resepi ini sama dengan resepi cucur udang, gantikan jagung dengan taugeh, sama saja na. Kalau hampa nak goreng sikit, lebihan dia boleh masuk dalam peti ais. Kalau nak goreng keluarkan adunan tadi dari peti ais dan biar hilang sejuk tu. Kalau adunan pekat boleh tambah air sikit bagi lembut. Boleh tahan dua hari ye tepung ni kalau dalam peti ais.

Semoga perkongsian resepi kakak ini akan bermanfaat kepada semua terutama kepada pasangan-pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Hampa boleh tunjuk skil masak hampa dekat suami-suami hampa bila dok memerap di rumah. Hampa boleh share resepi ini yer, silakan.

Sumber: Roshadah Yaacob

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending